Selamat datang ke Chatbot BSN.
Terma dan Syarat bagi AI Chatbot BSN ini ("Terma") berikut bertujuan untuk memaklumkan pengguna mengenai terma penggunaan, batasan dan garis panduan AI Chatbot BSN ("Chatbot"). Chatbot ini boleh didapati melalui tetingkap timbul (pop-up window) di laman sesawang BSN (www.bsn.com.my dan www.mybsn.com.my), platform media sosial rasmi BSN di Facebook DM di BSN Malaysia dan melalui WhatsApp di 03-26131919 (“Platform Media Sosial”). Dengan berinteraksi dengan Chatbot di laman sesawang BSN atau di Platform Media Sosial, anda bersetuju dengan terma yang dinyatakan di sini, serta Terma Perkhidmatan Platform Media Sosial. Sebelum memulakan perbualan anda dengan Chatbot, sila baca Terma ini serta Terma Perkhidmatan Platform Media Sosial dengan teliti.
FUNGSI AI CHATBOT
Chatbot ini adalah chatbot automatik berlandaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan direka khas untuk membantu anda dengan pertanyaan am serta memberikan maklumbalas yang bersifat umum dan maklumat asas mengenai produk dan perkhidmatan BSN.
Kami mencadangkan bahawa maklumbalas daripada Chatbot ini boleh digunakan sebagai titik permulaan dan anda disyorkan untuk mengesahkan maklumat tersebut melalui saluran perbankan rasmi kami.
KETEPATAN MAKLUMAT
Walaupun kami telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh Chatbot adalah tepat dan bermanfaat, anda memahami dan bersetuju bahawa Chatbot yang menggunakan AI akan sentiasa belajar untuk berkomunikasi dengan anda dan mempunyai keupayaan terhad untuk menjawab pertanyaan khusus yang ingin anda cari.
TANGGUNGJAWAB PENGGUNA
Dengan menggunakan Chatbot, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma ini dan Terma Perkhidmatan Platform Media Sosial (jika terpakai) dan anda bersetuju untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas keputusan atau tindakan yang anda buat berdasarkan maklumat yang diberikan.
Pengguna Chatbot bertanggungjawab sepenuhnya ke atas setiap interaksi dan kebergantungan terhadap maklumat yang diberikan. Adalah penting untuk setiap pengguna berhati-hati semasa menafsirkan dan bertindak berdasarkan maklumbalas yang diberikah oleh Chatbot. Anda digalakkan untuk melakukan usaha wajar anda dalam membuat sebarang keputusan.
Semasa menggunakan Chatbot ini, anda bersetuju bahawa (i) tiada lesen atau hak diberikan kepada anda, secara tersirat atau sebaliknya; (ii) anda tidak akan menghantar sebarang bahan yang boleh dianggap sebagai fitnah, penipuan atau maklumat atau komunikasi yang menyalahi undang-undang, lucah, pornografi, mengancam, menceroboh privasi atau hak publisiti, kasar, haram, tidak senonoh, atau sebaliknya merugikan orang lain; (iii) anda tidak akan melakukan sebarang aktiviti yang boleh merosakkan atau mengganggu fungsi Chatbot yang dengan betul; (iv) anda tidak dibenarkan untuk mengubah, memintas atau melanggar langkah keselamatan Chatbot, atau mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang yang akan memberi kesan kepada Chatbot dengan cara apa pun yang menyebabkan kerosakan dan/atau beban berlebihan kepada perisiannya; dan (v) anda tidak akan melakukan kejuruteraan membalik, dekompilasi, membongkar atau menterjemahkan atau sebaliknya cuba untuk memperoleh kod sumber mana-mana bahagian Chatbot.
KESELAMATAN DATA
Semasa anda berinteraksi dengan Chatbot, BSN berhak untuk mengumpul dan memproses maklumat tertentu termasuk tetapi tidak terhad kepada input, pertanyaan dan pilihan anda untuk meningkatkan kualiti maklumbalas yang diberikan oleh Chatbot. Data daripada perbualan tersebut tidak akan digunakan untuk melatih model chatbot atau AI yang lain, dalam memastikan privasi dan keselamatan data anda terjamin.
Anda bersetuju untuk melindungi butiran sensitif anda sendiri seperti kata laluan, nombor MyKad, maklumat pembayaran atau nombor akaun bank dan mengelakkan perkongsian butiran sensitif tersebut di Chatbot sama ada di laman sesawang BSN atau Platform Media Sosial BSN. Walaupun BSN berusaha untuk melindungi maklumat anda, komunikasi melalui Platform Media Sosial tersebut tertakluk kepada protokol keselamatan Platform Media Sosial tersebut. Sila baca Polisi Privasi kami di laman sesawang BSN www.bsn.com.my untuk memahami bagaimana kami mengumpul, menggunakan, memproses dan mendedahkan data peribadi anda. Untuk transaksi yang lebih selamat atau sebarang pertanyaan berkaitan akaun, sila rujuk kepada salah satu saluran kami, seperti berikut:
- Perbankan Internet myBSN (www.mybsn.com.my); atau
- Pusat Perhubungan Pelanggan; atau
- Hadir ke cawangan BSN yang berhampiran.
KETERSEDIAAN
Walaupun BSN akan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memastikan Chatbot sentiasa beroperasi, Chatbot ini berkemungkinan tidak tersedia pada setiap masa disebabkan aktiviti penyelenggaraan, masalah teknikal atau rangkaian. BSN juga tidak memberi jaminan ke atas akses, prestasi, kelajuan, kebolehpercayaan atau ketersediaan Chatbot untuk kegunaan anda.
BSN berhak untuk menamatkan atau menggantung akses anda ke Chatbot pada bila-bila masa tanpa notis. Sekiranya BSN mendapati bahawa anda kemungkinan telah melanggar Terma ini atau atas sebab lain termasuk tetapi tidak terhad kepada tingkah laku yang mencurigakan, menyalahi undang-undang atau penipuan, atau jika penggunaan Chatbot akan menyebabkan bahaya, risiko, atau kemungkinan pendedahan tindakan undang-undang kepada BSN, walaupun akses tersebut dibenarkan untuk pengguna Chatbot yang lain. BSN juga boleh mengikut budi bicaranya sendiri, menghentikan Chatbot pada bila-bila masa dan dalam tempoh jangkamasa yang tertentu.
Anda bersetuju bahawa BSN tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga atas prestasi, kekurangan prestasi, ketidaksediaan Chatbot atau atas sebarang penamatan atau penggantungan akses anda ke atas Chatbot.
PENGECUALIAN LIABILITI
BSN atau sekutunya, pegawai dan/atau pekerjanya tidak boleh dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan, atau ketidakselesaan yang timbul daripada (i) penggunaan Chatbot atau kebergantungan pada maklumat yang diberikan; atau (ii) sebarang kesilapan atau peninggalan atau kekurangan dalam maklumbalas dan maklumat yang diberikan oleh Chatbot; atau (iii) ketidakupayaan Chatbot untuk memberikan maklumat yang anda cari secara khusus; atau (iv) sebarang gangguan atau perkhidmatan tergendala ke atas Chatbot; atau (v) sebarang kos, kerugian atau kerosakan yang timbul daripada penggunaan anda, atau ketidakupayaan untuk menggunakan atau mengakses, atau kegagalan, penggantungan atau penarikan balik ke atas semua atau sebahagian daripada Chatbot pada bila-bila masa.
Setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang, BSN tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian khas, tidak langsung atau berbangkit atau sebarang kerosakan apa pun, sama ada dari segi kontrak, kecuaian atau tindakan tort lain, yang timbul daripada, atau berkaitan dengan prestasi, atau penggunaan Chatbot.
BSN dengan jelas menafikan sebarang liabiliti ke atas tindakan yang diambil oleh anda berdasarkan maklumbalas dan maklumat yang diberikan melalui Chatbot.
Apabila anda menggunakan Chatbot melalui Platform Media Sosial, anda turut tertakluk kepada Terma Perkhidmatan dan polisi Platform Media Sosial yang lain yang berkaitan dengan penggunaannya. BSN tidak mengawal sistem Platform Media Sosial dan BSN tidak bertanggungjawab terhadap sebarang gangguan perkhidmatan, atau isu-isu yang timbul daripada penggunaan Platform Media Sosial. BSN tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan atau kesulitan yang timbul akibat gangguan perkhidmatan, kegagalan penghantaran mesej, pelanggaran data atau isu-isu lain yang disebabkan oleh Platform Media Sosial.
Anda hendaklah mempertahankan dan membayar semua kos, kerugian, kerosakan, awad, yuran (termasuk sebarang yuran guaman yang munasabah) dan pertuduhan terhadap BSN yang timbul daripada kebergantungan anda, sama ada sebahagian atau sepenuhnya, pada maklumbalas daripada Chatbot, dan hendaklah memberi BSN notis tentang tindakan tersebut, kuasa penuh untuk mempertahankan, berkompromi atau menyelesaikan tuntutan tersebut, dan bantuan yang munasabah yang diperlukan untuk mempertahankan tindakan tersebut, atas kos anda sendiri.
TIADA JAMINAN
BSN tidak menjamin ketepatan, keselamatan, kebolehpercayaan, kesempurnaan, ketepatan masa kandungan, dan BSN tidak akan dianggap sebagai membuat representasi, akujanji, komitmen, jaminan kandungan yang disediakan oleh Chatbot.
Setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang, BSN menafikan semua jaminan, sama ada nyata atau tersirat, berkanun atau sebaliknya, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan tersirat kebolehdagangan, tidak melanggar hak pihak ketiga dan kesesuaian untuk tujuan tertentu.
KANDUNGAN PIHAK KETIGA
Chatbot boleh menyediakan pautan, merujuk ke laman sesawang dan kandungan pihak ketiga ("Kandungan Pihak Ketiga") hanya sebagai kemudahan. Kandungan Pihak Ketiga ini mungkin tidak berada dalam kawalan BSN dan oleh itu BSN tidak bertanggungjawab sepenuhnya ke atas isi Kandungan Pihak Ketiga tersebut dan/atau untuk produk atau perkhidmatan pada atau tersedia dari Kandungan Pihak Ketiga tersebut.
BSN tidak memikul sebarang tanggungjawab atau liabiliti untuk sebarang maklumat atau kandungan yang terdapat dalam Kandungan Pihak Ketiga tersebut. Anda mengakui bertanggungjawab sepenuhnya dan menanggung semua risiko yang timbul daripada, penggunaan atau akses anda terhadap sebarang Kandungan Pihak Ketiga tersebut.
VARIASI
BSN berhak untuk meminda, mengubah, menukar, memadam atau menambah Terma ini pada bila-bila masa tanpa notis mengikut budi bicara mutlak dan tunggal BSN. Terma yang dipinda tersebut akan berkuat kuasa sebaik sahaja ia diterbitkan di laman sesawang BSN atau mana-mana Platform Media Sosial BSN atau dengan cara lain yang dianggap sesuai oleh BSN. Anda dianggap telah bersetuju dan menerima pindaan ke atas Terma ini tanpa syarat jika anda terus mengakses dan menggunakan Chatbot.
HARTA INTELEK
Semua hak Harta Intelek ("Harta Intelek") yang terdapat dalam Chatbot, kecuali harta intelek milik Platform Media Sosial, adalah sama ada harta tunggal BSN atau sekutunya atau pihak ketiga. Anda tidak boleh menyalin, menghasilkan semula, mengubah suai, memajak, meminjamkan, menjual, mencipta karya terbitan daripada, memuat naik, menghantar atau mengedarkan sebarang harta intelek yang dikaitkan dengan Chatbot ini dalam apa jua cara tanpa kebenaran bertulis daripada BSN atau pihak ketiga yang berkenaan terlebih dahulu. Kecuali seperti yang dinyatakan dengan jelas di sini, BSN tidak memberikan anda apa-apa hak nyata atau tersirat ke atas harta intelek BSN atau bagi mana-mana pihak ketiga.
TIADA HUBUNGAN
Kebergantungan pada Chatbot tidak mewujudkan sebarang hubungan dengan pelanggan atau kontrak lain antara anda dan BSN. Maklumbalas dan maklumat yang diberikan oleh Chatbot adalah bukan terlindung atau sulit dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional atau dianggap sebagai pengganti perundingan dengan profesional yang berkelayakan.
PEMISAHAN
Jika mana-mana peruntukan dalam Terma ini adalah menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan atau dianggap menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan yang berkaitan akan terus berkuat kuasa dengan pindaan yang diperlukan supaya peruntukan tersebut menjadi sah dan boleh dikuatkuasakan. Sekiranya tidak mungkin untuk meminda peruntukan yang berkaitan untuk menjadikan peruntukan tersebut sah dan boleh dikuatkuasakan, maka bahagian peruntukan tersebut yang menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan akan dikeluarkan tetapi bahagian-bahagian lain dalam peruntukan tersebut akan kekal tidak terjejas.
PENEPIAN HAK
Tiada kegagalan atau kelewatan oleh BSN dalam menjalankan sebarang hak atau remedi di bawah Terma ini pada bila-bila masa atau untuk tempoh masa apa sekali pun, atau sebarang pengetahuan atau persetujuan oleh BSN terhadap sebarang pelanggaran mana-mana peruntukan dalam Terma ini tidak akan membawa maksud atau dianggap sebagai penepian daripada melaksanakan hak atau remedi dan penepian oleh BSN tersebut tidak akan menjadi penepian hak yang berterusan berhubung dengan sebarang pelanggaran berikutnya atau berterusan. Sebarang penepian terhadap sebarang hak atau remedi BSN di bawah Terma ini hanya sah dan berkesan jika dipersetujui oleh BSN secara bertulis.
UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI
Terma ini ditadbir dan akan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
Jika anda bersetuju dengan Terma ini, sila teruskan dengan pertanyaan anda. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian Terma ini, kami mengesyorkan agar anda tidak menggunakan Chatbot. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN.
Terima kasih kerana memilih BSN.