PERUBAHAN KEPADA TARIKH PENYATA KAD KREDIT/-i ANDA
Ahli kad yang dihormati,
Berkuat kuasa mulai Januari 2024, kami akan menyelaraskan semua penyata Kad Kredit/-i BSN anda untuk mempunyai tarikh kitaran pengebilan yang sama. Ini bermakna semua penyata kad kredit Islamik dan/atau konvensional anda akan mempunyai SATU tarikh penyata dan tarikh akhir bayaran bagi memudahkan anda membuat rujukan penyata dan pembayaran pada masa hadapan. Perubahan ini adalah terpakai kepada pelanggan yang memegang beberapa Kad Kredit/-i BSN dengan tarikh penyata yang berbeza.
Anda akan menerima SMS pemberitahuan pada bulan Disember 2023 mengenai pengesahan bila perubahan tersebut akan berkuat kuasa. Sementara itu, tarikh penyata semasa dan tarikh akhir bayaran anda masih sah sehingga penyelarasan penyata berlaku. Sila teruskan membuat pembayaran pada atau sebelum tarikh akhir bayaran untuk mengelakkan dikenakan caj kewangan/yuran pengurusan sebenar dan caj/ganti rugi bayaran lewat.
NOTA-NOTA PENTING
Jangan risau, anda masih akan menikmati tempoh dikecualikan caj kewangan/yuran pengurusan sebenar sekurang-kurangnya 20 hari bermula dari tarikh penyata baharu jika anda membuat pembayaran penuh baki tertunggak dari penyata bulan sebelumnya sebelum tarikh akhir bayaran.
Sila ambil maklum bahawa apabila perubahan ini dilaksanakan, tempoh penyata anda mungkin akan dilanjutkan atau dikurangkan, yang mana tempoh antara tarikh penyata terakhir dan tarikh penyata seterusnya mungkin akan lebih atau kurang daripada 30 hari biasa. Anda dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 atau e-mel ke customercare@bsn.com.my untuk pertanyaan mengenai tempoh penyata dan tarikh akhir bayaran Kad Kredit/-i BSN anda.
- Jika anda mempunyai sebarang pelan ansuran sedia ada atau aktif yang sedang berjalan di bawah akaun Kad Kredit/-i BSN anda, kadar keuntungan atau faedah/yuran pengurusan ansuran, tempoh, dan jumlah bayaran bulanan pelan ansuran sedia ada anda akan kekal tidak berubah.
- Jika anda memegang Kad kredit/-i Cash Back dan/atau Rewards Points dengan syarat perbelanjaan kategori dan perbelanjaan minimum, tempoh mendapatkan Cash Back dan/atau Rewards Points akan dikira dari tarikh penyata terakhir hingga tarikh penyata terbaru. Had bulanan dan syarat belanja minimum akan kekal tidak berubah.
- Jika anda mempunyai sebarang kad tambahan sedia ada, tarikh penyata kad tambahan anda akan mengikuti tarikh penyata kad utama anda.
- Sila buat pengaturan pembayaran yang perlu berdasarkan tarikh akhir bayaran baharu untuk mengelakkan dikenakan caj kewangan/yuran pengurusan sebenar dan caj/ganti rugi bayaran lewat, atau gangguan perkhidmatan pada Kad Kredit/-i BSN anda.
SOALAN-SOALAN LAZIM
Ia adalah tarikh yang mana penyata bulanan anda dijana dan ia berulang pada tarikh yang sama pada setiap bulan. Bagi setiap tempoh itu, penyata akan menunjukkan semua urus niaga yang diproses ke akaun Kad Kredit/-i BSN anda dalam tempoh tersebut.
Pemegang kad boleh mempunyai beberapa Kad Kredit/-i dengan tarikh penyata yang berbeza. Bagi kemudahan rujukan penyata dan pembayaran, BSN akan menyelaraskan semua penyata Kad Kredit/-i BSN anda untuk mempunyai tarikh kitaran pengebilan yang sama. Perubahan ini adalah terpakai kepada pelanggan yang memegang beberapa Kad Kredit/-i BSN dengan tarikh penyata yang berbeza.
Hanya ada satu (1) tarikh penyata untuk semua Kad Kredit/-i BSN anda dengan BSN berkuat kuasa dari Januari 2024.
Tarikh akhir bayaran akan kekal menjadi 20 hari dari tarikh penyata baharu. Sila buat pengaturan pembayaran yang perlu berdasarkan tarikh akhir bayaran baharu untuk mengelakkan dikenakan caj kewangan/yuran pengurusan sebenar dan caj/ganti rugi bayaran lewat, atau gangguan perkhidmatan pada Kad Kredit/-i BSN anda.
Untuk bulan peralihan ke tarikh penyata baharu, tempoh penyata anda mungkin akan dilanjutkan atau dikurangkan. Ini bermakna tempoh antara tarikh penyata terakhir anda dan tarikh penyata baharu akan menjadi lebih atau kurang daripada 30 hari.
Jika anda mempunyai baki tertunggak pada bulan sebelumnya dan belum membuat pembayaran penuh bagi jumlah baki tertunggak, caj kewangan/yuran pengurusan sebenar akan terus dikira pada tempoh penyata dalam bulan peralihan tersebut sehingga bayaran penuh diterima. Sila buat pembayaran pada atau sebelum tarikh akhir bayaran untuk mengelakkan dikenakan caj kewangan/yuran pengurusan sebenar dan caj/ganti rugi bayaran lewat.
Caj kewangan/yuran pengurusan sebenar berperingkat yang terpakai akan berterusan sepanjang tempoh penyata mengikut kadar yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia di bawah Garis Panduan Kad Kredit.
Untuk bulan peralihan apabila perubahan ini berkuat kuasa, tempoh mendapatkan ganjaran Cash Back / Rewards Points mungkin akan dilanjutkan atau dikurangkan berdasarkan tempoh antara penyata terakhir anda ke tarikh penyata baharu, manakala had bulanan kekal tidak berubah.
- Jika anda membuat pertambahan penggunaan / perbelanjaan kategori melebihi had maksimum pada atau sebelum tempoh penyata yang dilanjutkan atau dikurangkan, ganjaran Cash Back / Rewards Points yang layak masih tertakluk pada had maksimum mengikut ciri Kad Kredit/-i BSN semasa.
- Anda mungkin akan mempunyai tempoh yang lebih panjang untuk memenuhi kriteria penggunaan minimum / perbelanjaan kategori sepanjang tempoh penyata yang dilanjutkan untuk layak mendapatkan Cash Back / Rewards Points sehingga ke had maksimum.
Tarikh penyata untuk semua Kad Kredit/-i BSN anda akan diselaraskan kepada satu tarikh penyata tunggal. Jika anda mempunyai dua (2) atau lebih kad kredit Islamik ATAU dua (2) atau lebih kad kredit konvensional, penyata bulanan anda akan digabungkan menjadi satu penyata mengikut kategori (Islamik atau konvensional). Maka, anda akan menerima penyata bulanan yang berasingan jika anda mempunyai kedua-dua kad kredit Islamik DAN konvensional.
Perubahan kepada tarikh penyata ini adalah terpakai untuk pemegang kad utama Kad Kredit/-i BSN. Sekiranya anda mempunyai Kad Kredit/-i BSN tambahan daripada kad utama tersebut, tarikh penyata dan tarikh akhir bayaran bagi Kad Kredit/-i tambahan akan menjadi sama dengan kad utama.
Anda dinasihatkan untuk hadir ke Cawangan BSN berhampiran anda atau hubungi Pusat Perhubungan BSN melalui talian 1300-88-1900 dan/atau e-mel ke customercare@bsn.com.my untuk pertanyaan mengenai tempoh penyata Kad Kredit/-i BSN anda.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Kad Kredit/-i BSN, sila layari www.bsn.com.my.