PERUBAHAN WAKTU OPERASI KAUNTER CAWANGAN BSN DI DAERAH SIBU DAN KANOWIT DI SARAWAK
Pelanggan yang dihormati,
Berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan, waktu operasi kaunter Cawangan BSN di Daerah Sibu dan Kanowit di Sarawak adalah dari pukul 9.00 pagi sehingga 2.00 petang bermula 18 Januari 2021 (Isnin) sehingga 29 Januari 2021 (Jumaat).
Pelanggan digalakkan untuk melakukan transaksi perbankan melalui perbankan internet myBSN. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.
Terima kasih.
17 Januari 2021