PERUBAHAN WAKTU OPERASI KAUNTER CAWANGAN BSN DI SARAWAK

Pelanggan yang dihormati,

Berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh kerajaan, waktu operasi kaunter Cawangan BSN di Sarawak adalah dari pukul 9.00 pagi sehingga 2.00 petang bermula 19 Januari 2021 (Selasa) sehingga 31 Januari 2021 (Ahad).

Pelanggan digalakkan untuk melakukan transaksi perbankan melalui perbankan internet myBSN. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.

Terima kasih.

18 Januari 2021