Perubahan Waktu Operasi Kaunter Bagi Cawangan-cawangan BSN
Pelanggan yang dihormati,
Berikutan peningkatan kes COVID-19 serta pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh kerajaan, waktu operasi kaunter Cawangan-Cawangan BSN termasuk di Daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai di Johor adalah dari pukul 9.30 pagi sehingga 3.00 petang sepanjang tempoh PKPB berlangsung.
Klik di sini untuk lihat senarai cawangan-cawangan yang terlibat.
Pelanggan digalakkan untuk melakukan transaksi perbankan melalui perbankan internet myBSN. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.
Terima kasih.
7 Disember 2020