Perubahan Waktu Operasi Kaunter Bagi Cawangan-cawangan BSN
Pelanggan yang dihormati,
Berikutan pengumuman penamatan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh kerajaan di Daerah Kulim, Kedah dan Kota Tinggi, Johor, waktu operasi kaunter BSN di kedua-dua daerah tersebut kini kembali beroperasi seperti biasa iaitu dari pukul 9.00 pagi sehingga 4.45 petang.
Klik di sini untuk lihat senarai cawangan-cawangan yang terlibat.
Pelanggan digalakkan untuk melakukan transaksi perbankan melalui perbankan internet myBSN. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.
Terima kasih.
21 Disember 2020