BSN Micro-i Cashline adalah kemudahan overdraf Islamik yang ditawarkan kepada perusahaan mikro untuk memenuhi keperluan modal kerja. Kemudahan pembiayaan ini membolehkan pelanggan menggunakan had pembiayaan melalui BSN Giro-i Premium Akaun Syarikat. Caj keuntungan adalah dikira secara harian berdasarkan amaun pembiayaan yang digunapakai. Kemudahan ini adalah tertakluk kepada semakan tahunan.
KELAYAKAN
- Perusahaan mikro (Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd.).
- Perusahaan mikro dimiliki oleh warganegara Malaysia.
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun.
- Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa.
- Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam).
- Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Agensi / Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional).
KADAR
KAS + 6.70% setahun
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
| Pemilik Tunggal / Perkongsian | Syarikat Sdn. Bhd |
| Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Sijil atau Dokumen Pendaftaran Profesional dengan Badan Profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah | Dokumen Disahkan Benar seperti berikut:
Nota: *Bagi syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965. |
Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi | Resolusi ahli Lembaga Pengarah:
|
Penyata Akaun Semasa Syarikat untuk 6 bulan terkini | Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemegang Saham / Penjamin (jika ada) |
Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank | Penyata Akaun Semasa Syarikat untuk 6 bulan terkini |
| Penyata Kewangan Syarikat Beraudit / Penyata Akaun yang digunapakai untuk tujuan percukaian untuk 2 tahun terkini |
| Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank |
CAJ BAYARAN LEWAT
Caj Bayaran Lewat akan dikenakan berdasarkan kepada Ta’widh (Ganti Rugi).
| Dalam tempoh pembiayaan | Caj Lewat Bayar tidak melebihi 1% setahun akan dikenakan ke atas amaun ansuran bulanan yang tertunggak sekiranya anda gagal membayar mana-mana bayaran ansuran bulanan dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh bermulanya pembiayaan dikeluarkan sehingga tarikh matang pembiayaan. |
| Setelah tamat tempoh pembiayaan | Kadar Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (IIMM) akan dikenakan atas kegagalan membayar keseluruhan jumlah baki tertunggak selepas tempoh matang atau selepas penghakiman diperolehi, yang mana terdahulu. |
CARA MEMOHON
- Permohonan boleh dilakukan secara atas talian. MOHON SEKARANG.
- Panduan pengguna untuk permohonan atas talian.
- Hubungi Credit Supervisory Team kami untuk maklumat lanjut.
NOTA:
- Kadar Pasaran Wang Antara Bank-Bank Islam (IIMM) tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa.
- Lihat Penyata Pendedahan Produk.
- Lihat Soalan-soalan Lazim.
- Tertakluk pada Terma & Syarat.
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi Pusat Pembiayaan Perniagaan kami yang terdekat untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan DI SINI.

