BSN memudahkan anda meneruskan perniagaan. Perbaharui Sijil Perniagaan SSM anda di mana-mana cawangan BSN di seluruh Malaysia. Kaunter kami sentiasa bersedia untuk melayani anda.

CARA MEMPERBAHARUI
Hanya ikuti langkah-langkah berikut dan perbaharui SSM anda dengan mudah.
- Bawa Kad Pengenalan asal anda
- Lengkapkan borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (Borang A1)
- Hantar
KELAYAKAN
Pemilik Perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956) (Akta 197) Pindaan 2001.
Cara mengisi Borang A1
| Maklumat yang perlu diisi dalam Borang A1: |
| Nombor Pendaftaran Perniagaan. |
| Nama Perniagaan. |
| Tempoh Pembaharuan (1 – 5 tahun). |
| Tarikh permohonan. |
| Tandatangan pemilik/seorang daripada rakan kongsi perniagaan. |
| Nama & Nombor KP. |
Terma & Syarat
| Pelanggan hanya dibenarkan membuat pembaharuan perniagaan di BSN. |
| Pelanggan MESTI melengkapkan borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (Borang A1). |
| Pembaharuan tidak boleh dilakukan bagi pemilik perniagaan yang masih terhutang denda/kompaun. |
| Pembaharuan tidak boleh dilakukan bagi perniagaan yang disenaraihitamkan. |
| Permohonan pembaharuan perniagaan boleh dibuat pada bila-bila masa sebelum tarikh tamat tempoh sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat tempoh. |
| Caj perkhidmatan akan dikenakan bagi setiap transaksi yang berjaya. |
BERHUBUNG DENGAN KAMI
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.