PEMBAYARAN DIVIDEN SIJIL SIMPANAN PREMIUM (BSN SSP) 2020
Pelanggan yang dihormati,
Dimaklumkan bahawa bermula pada 16 Januari 2021, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuat pembayaran dividen ke atas Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) kepada semua pemegang BSN SSP yang layak.
Amaun Dividen (RM) | Kaedah Pembayaran | Catatan |
RM10.00 & ke atas | Amaun dividen yang genap dalam gandaan RM10.00 akan ditukarkan ke bentuk BSN SSP atas nama pemegang BSN SSP. Lebihan amaun dividen (sekiranya ada) akan dikreditkan ke dalam akaun BSN GIRO/GIRO-i pemegang BSN SSP. | Sekiranya pemegang BSN SSP tidak mempunyai akaun BSN GIRO/GIRO-i, dividen boleh dituntut secara tunai di mana-mana kaunter Cawangan BSN. Tuntutan secara tunai boleh dibuat dalam tempoh satu tahun dari tarikh pembayaran dividen. |
RM1.00 sehingga bawah RM10.00 | Dikreditkan ke dalam akaun BSN GIRO/GIRO-i pemegang BSN SSP secara automatik. | |
Bawah RM1.00 |
| Akaun Kebajikan Bank digunakan untuk membantu badan-badan kebajikan. |
NOTA:
- Dividen tunai yang tidak dituntut dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh pembayaran akan dihantar ke Pendaftar Wang Tidak Dituntut.
- Pemegang BSN SSP dinasihatkan untuk mengemas kini alamat dan nombor telefon terkini di mana-mana Cawangan BSN.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.
Terima kasih.
21 Januari 2021