BSNSECURE UNTUK PERBANKAN INTERNET MYBSN
Pelanggan yang dihormati,
Aplikasi keselamatan baharu untuk pengesahan transaksi Perbankan Internet myBSN bakal dilancarkan dan akan boleh dimuat turun melalui Apple App Store, Google Play dan Huawei AppGallery.
Bermula 1 Julai 2023, setiap transaksi Perbankan Internet myBSN, termasuk FPX, memerlukan pengesahan melalui BSNSecure. Penggunaan SMS OTP/TAC akan dimansuhkan berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Inisiatif ini merupakan usaha berterusan BSN selaras dengan keperluan pengawalseliaan dan amalan terbaik untuk memerangi penipuan kewangan berkaitan SMS OTP/TAC.
Pelanggan dikehendaki mengemas kini peranti anda ke versi terkini untuk membolehkan aplikasi BSNSecure dimuat turun dan didaftarkan seperti berikut:
| Jenama/Sistem Operasi | Versi |
| Apple (iOS) | 12 atau lebih baharu |
| Android (Samsung, Oppo, Xiaomi, Vivo dan sebagainya) | 9.0 atau lebih baharu |
| Huawei AppGallery | 9.0 |
Nota Penting: Selepas pendaftaran BSNSecure berjaya, pelanggan hanya boleh melakukan Perbankan Internet myBSN selepas 12 jam (Tempoh Bertenang). Ini untuk mempertingkatkan perlindungan kepada pelanggan serta usaha untuk mencegah transaksi yang tidak sah.
Terima kasih.
21 Jun 2023