• Bukan sekadar kad ATM sahaja
    DEBIT KAD MATRIX-i BSN

    Manfaat

    • Penerimaan global di lebih 29 juta pedagang VISA di seluruh dunia
    • Pengambilan wang tunai yang mudah di mana-mana ATM dengan logo MEPS atau PLUS, dalam dan luar negara
    • Tetapkan had pembelian runcit anda sendiri melalui ATM BSN
    • Autodebit dari Akaun Simpanan GIRO BSN atas jumlah yang dibelanjakan
    • Pembayaran bil atau pemindahan wang dengan mudah melalui BSN ATM atau myBSN
    • Keselamatan melalui cip elektronik di dalam kad
    • Mudah diterapkan kerana tidak memerlukan pendapatan minimum
    MOHON SEKARANG
    Bukan sekadar kad ATM sahaja

Nikmati kemudahan membayar pembelian di lebih 29 juta premis perniagaan VISA di seluruh dunia. 

CARA MENGGUNAKAN KAD MATRIX-i BSN UNTUK PEMBELIAN RUNCIT

  • Perhatikan logo VISA atau VISA Electron di premis.  
  • Kemukakan Kad Debit BSN Matrix-i kepada juruwang semasa membuat pembayaran.
  • Juruwang akan memasukkan kad pada terminal POS elektronik.
  • Slip jualan dijana dari terminal POS.
  • Periksa amaun pada slip jualan dan tandatangani slip. Amaun akan didebitkan secara automatik daripada akaun GIRO anda.
  • Juruwang memulangkan kad kepada anda.

FI & CAJ

Jenis AkaunFi Tahunan
Dewasa (16 tahun ke atas)RM8.00 
Remaja (13-15 tahun)    RM5.00 
Penggantian Kad Fi
Penggantian disebabkan hilang / dicuri / kad rosak / terlupa PIN    RM12.00
Pengeluaran ATM Fi
BSN ATM    PERCUMA
MEPS ATM    RM1.00 setiap pengeluaran
ATM bank antarabangsa melalui platform PLUS    RM12.00 setiap pengeluaran
 Pertanyaan baki Akaun di ATMFi
BSN & MEPS ATMPERCUMA
ATM bank antarabangsa melalui platform PLUS    RM1.25 setiap pertanyaan

Pembelian Atas Talian (Online)

Aktifkan fungsi pembelian atas talian anda untuk melindungi keselamatan transaksi atas talian. Mulai 1 Jun 2015, BSN telah menyahaktifkan fungsi “Pembelian Atas Talian” Kad Debit anda untuk melindungi kad anda daripada transaksi penipuan. Ahli Kad yang berhasrat untuk membeli-belah secara atas talian di laman web yang dianggap tidak selamat, tidak boleh berbuat demikian melainkan telah mengaktifkan fungsi tersebut.

Ahli Kad boleh MENGAKTIFKAN fungsi “Pembelian Atas Talian” melalui saluran berikut:

  • ATM BSN
  • Cawangan BSN
  • Log masuk ke myBSN
  • Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900 atau +603 2013 1900 (di luar Malaysia).

Untuk maklumat lanjut, sila baca Soalan Lazim.

Transaksi Luar Negara

Aktifkan Kad Visa Debit BSN anda sebelum berlepas ke luar negara. Mulai 1 Jun 2015, BSN telah menyaktifkan fungsi “Transaksi Luar Negara” Kad Debit anda untuk melindungi kad anda daripada transaksi penipuan.

Ahli Kad boleh MENGAKTIFKAN fungsi “Pembelian Atas Talian” melalui saluran berikut:

  • ATM BSN
  • Cawangan BSN
  • Log masuk ke myBSN
  • Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900 atau +603 2013 1900 (di luar Malaysia).

Untuk maklumat lanjut, sila baca Soalan Lazim.

NOTA:

  • BSN telah berhenti pengeluaran Kad Matrix-i BSN. Pemegang kad sedia adalah dinasihatkan untuk menukar ke Kad Debit Visa BSN baharu dengan ciri PIN & BAYAR untuk menikmati lebh banyak kemudahan termasuk transaksi secara online, pembelian di terminal jualan, keselamatan kad yang dijamin dan penerimaan seluruh dunia. Untuk menukar kad, hanya kunjungi mana-mana cawangan BSN hari ini dengan membawa kad sedia ada dan Kad Pengenalan. Kad Debit Visa BSN baharu anda akan dikeluarkan secara PERCUMA. Bermula 1 Julai 2017, tandatangan tidak lagi diterima apabila anda menggunakan Kad untuk membuat pembayaran di terminal jualan dalam negara.
  • Lihat Soalan-soalan Lazim Kad Debit BSN Matrix-i.
  • Lihat Yuran & Caj Kad Debit BSN Matrix-i.
  • Lihat Soalan-soalan Lazim Pembelian Atas Talian (Online).
  • Lihat Soalan-soalan Lazim Transaksi Ke Luar Negara.
  • Tertakluk kepada Terma & Syarat.

Kunjungi cawangan kami

Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut

Tinggalkan butiran andaTinggalkan butiran anda dengan kami dan kami akan hubungi anda
Hantar Butiran