Ciri-ciri Perkhidmatan Layan Diri Kad Debit BSN Menerusi MyBSN
Ahli Kad Yang Dihargai,
Dimaklumkan bahawa ciri-ciri layan diri berikut untuk Kad Debit BSN kini boleh diakses melalui Perbankan Internet myBSN:
- Kemaskini had pembelian
- Kemaskini status urus niaga luar negara
- Kemaskini status pembelian dalam talian
- Laporkan kad hilang / curi
Ahli Kad boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk mengakses ciri-ciri tersebut:
Langkah 1: Login ke myBSN
Langkah 2: Pilih "Manage Account" > "Debit Card"
Langkah 3: Pilih perkhidmatan pilihan anda
Untuk pertanyaan, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di 1300-88-1900.
Terima kasih.
27 Februari 2020