PUSAT PERHUBUNGAN PELANGGAN BSN

Pelanggan yang dihormati,

BUntuk makluman, Pusat Perhubungan Pelanggan BSN menerima jumlah panggilan yang tinggi sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

Walaubagaimanapun, kami sentiasa berusaha untuk memastikan setiap panggilan dijawab secepat mungkin dan memohon maaf sekiranya anda terpaksa menunggu lebih lama berikutan kekurangan kapasiti kakitangan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mungkin akan mempengaruhi tahap perkhidmatan terhadap pelanggan kami.

Waktu operasi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN adalah seperti berikut:

  • 7.00 pagi sehingga 12.00 malam: Untuk semua jenis produk dan perkhidmatan BSN.
  • 12.00 malam sehingga 7.00 pagi: Bagi panggilan yang melibatkan kehilangan / kecurian kad debit / kredit dan bantuan penggunaan kad di luar negara.

Sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat atau bantuan lanjut, sila e-mel ke customercare@bsn.com.my.

Anda juga digalakkan untuk menggunakan kemudahan Perbankan Internet myBSN di www.mybsn.com.my untuk urusan transaksi perbankan dengan lebih mudah, cepat dan selamat.

Kami amat menghargai kesabaran anda dan memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami.



Terima kasih.