BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC) FASA 1

Pelanggan yang dihormati,

Pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 1 melalui pengkreditan ke dalam akaun dan pembayaran tunai akan bermula secara rasminya pada 6 September 2021 (Isnin) dan ia akan dilakukan secara berperingkat.

Tuan/Puan boleh menyemak status kelayakan melalui cara-cara berikut:

  1. Layari laman sesawang https://bkc.hasil.gov.my (Portal rasmi BKC hanya boleh dicapai mulai 6 September 2021); atau
  2. Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline BKC melalui talian 1-800-88-2747

Pembayaran BKC Fasa 1 melalui pengkreditan akaun akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.

Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS di seluruh negara, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.

Untuk pembayaran secara tunai pula, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKC Fasa 1. Rujuk laman sesawang BKC untuk maklumat lanjut.

Para pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1-meter. Selain itu, pelanggan wajib memakai pelitup muka serta membuat saringan suhu sebelum melakukan transaksi perbankan di kaunter Cawangan BSN.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.

 

Terima kasih.

3 September 2021