Bayaran Bantuan Prihatin Covid-19 Oleh Kerajaan Negeri Sabah

Pelanggan yang dihormati,

Bayaran Bantuan Prihatin COVID-19 kepada rakyat Sabah yang layak oleh Kerajaan Negeri Sabah secara tunai boleh diperolehi daripada semua Cawangan BSN di Sabah bermula pada 20 November 2020 hingga 19 Disember 2020.

Bagi melancarkan urusan pembayaran, Tuan/Puan perlu terlebih dahulu menyemak status kelayakan melalui cara-cara berikut:

Penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN untuk proses penunaian.

Pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1 meter dan wajib memakai pelitup muka semasa melakukan transaksi perbankan di mana-mana Cawangan BSN.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.

 

Terima kasih.

2 Disember 2020