SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 1

Pelanggan yang dihormati,

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dibuat seperti ketetapan berikut:

TARIKH PEMBAYARANJENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Mulai 20 Januari 2026
  • Semua penerima
  • Pengkreditan ke dalam akaun bank
  • Bayaran secara tunai (termasuk di Sabah dan Sarawak)

Pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun bank:

  • Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.
  • Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui Perbankan Internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Bayaran secara tunai: 

  • Bayaran secara tunai pula akan dilakukan mengikut tarikh yang telah dijadualkan di seluruh Cawangan BSN.
  • Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
  • Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.

Semak status kelayakan melalui cara-cara berikut:


Terima kasih.

15 Januari 2026