PELUASAN CUKAI JUALAN DAN PERKHIDMATAN (SST) BERKUAT KUASA 1 JULAI 2025

Pelanggan yang dihormati,

Bermula 1 Julai 2025, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 8% akan dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan terpilih. Ini adalah selaras dengan pengumuman oleh Kementerian Kewangan pada 9 Jun 2025 mengenai peluasan skop SST ke atas yuran dan caj tertentu yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan kewangan, termasuk BSN.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan perbankan asas akan dikecualikan daripada SST, termasuk:

  • Urusan deposit dan pengeluaran
  • Pembayaran dan pemindahan dana tempatan
  • Transaksi asas di cawangan dan Terminal Layan Diri (seperti ATM/CDM dan sebagainya)
  • Perbankan asas Konvensional dan Islamik

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melalui portal MySST di bawah ‘Garis Panduan Perkhidmatan Kewangan’.

Untuk pertanyaan atau bantuan lanjut, layari laman web rasmi BSN atau kunjungi Cawangan BSN berhampiran.


Terima kasih.

11 Julai 2025