KADAR ASAS STANDARD (KAS)
Pelanggan yang dihormati,
Berkuat kuasa 1 Ogos 2022, BSN akan memperkenalkan kadar rujukan baharu iaitu Kadar Asas Standard (KAS) bagi semua pinjaman dan pembiayaan runcit yang baharu berdasarkan kadar terapung. KAS ini adalah tertakluk pada Kadar Dasar Semalaman semasa selaras dengan Reference Rate Framework terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bertarikh 11 Ogos 2021.
Walau bagaimanapun, pembiayaan dan pinjaman sedia ada yang diambil sebelum 1 Ogos 2022 masih akan berdasarkan Kadar Asas (KA) dan Kadar Pembiayaan Asas / Kadar Pinjaman Asas (KPA) (iaitu KA + spread / KPA + spread).
Kadar terkini adalah seperti berikut:
| 2.25% setahun |
| 3.10% setahun |
| 5.85% setahun |
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.
Terima kasih.
28 Julai 2022
Lihat Soalan-Soalan Lazim “(FAQ)” Mengenai Kadar Rujukan Yang Dikemas Kini.