• RELIEF & ADAPTATION FACILITY (RAFt)
    Untuk meringankan beban kewangan PMKS yang terjejas akibat banjir dan membolehkan mereka menyambung semula operasi perniagaan

    Ciri-ciri

    • Tujuan Pinjaman: Pembaikian dan/atau penggantian aset untuk kegunaan perniagaan (cth. loji dan jentera) yang telah rosak akibat bencana alam dan Modal Kerja
    • Amaun Pinjaman: RM5,000 - RM100,000
    • Tempoh Pembiayaan: 1 - 7 tahun

      Nota: Termasuk moratorium selama 6 bulan (tempoh tangguh) ke atas bayaran ansuran bulanan.
    MOHON SEKARANG
    RELIEF & ADAPTATION FACILITY (RAFt)
    Untuk meringankan beban kewangan PMKS yang terjejas akibat banjir dan membolehkan mereka menyambung semula operasi perniagaan

    Ciri-ciri

    • Tujuan Pinjaman: Pembaikian dan/atau penggantian aset untuk kegunaan perniagaan (cth. loji dan jentera) yang telah rosak akibat bencana alam dan Modal Kerja
    • Amaun Pinjaman: RM5,000 - RM100,000
    • Tempoh Pembiayaan: 1 - 7 tahun

      Nota: Termasuk moratorium selama 6 bulan (tempoh tangguh) ke atas bayaran ansuran bulanan.
    MOHON SEKARANG

BSN Micro RAFt ialah kemudahan pembiayaan mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas akibat banjir serta berada di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai kawasan bencana banjir.

KELAYAKAN

  • Perusahaan Mikro (Pemilikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd) yang terjejas akibat banjir dan terletak di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai kawasan bencana banjir.
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam).
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Agensi / Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional).
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

KADAR TETAP

  • 3.50% setahun

Dokumen yang Diperlukan

Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah. 
Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi / semua Pengarah / Pemegang Saham / Penjamin (jika berkenaan).

Surat Pengesahan daripada Pegawai Daerah / JKKK / Laporan Polis berkenaan premis perniagaan yang terjejas.

Salinan bil elektrik premis perniagaan yang terjejas.

Penyata Akaun Bank untuk 6 bulan terkini.

Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.

CARA MEMOHON

NOTA:

Kunjungi cawangan kami

Kunjungi Pusat Pembiayaan Perniagaan kami yang terdekat untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan DI SINI.