• RELIEF & ADAPTATION FACILITY-i (RAFt)
    Untuk meringankan beban kewangan PMKS yang terjejas akibat banjir dan membolehkan mereka menyambung semula operasi perniagaan

    Ciri-ciri

      • Tujuan Pembiayaan: Pembaikian dan/atau penggantian aset untuk kegunaan perniagaan (cth. loji dan jentera) yang telah rosak akibat bencana alam dan Modal Kerja
      • Amaun Pembiayaan: RM5,000 - RM100,000
      • Permohonan pembiayaan hendaklah dibuat selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan selepas berlakunya kejadian banjir
      • Tempoh Pembiayaan: 1 - 7 tahun

        Nota: Termasuk moratorium selama 6 bulan (tempoh tangguh) ke atas bayaran ansuran bulanan.
      Konsep Syariah

      Tawarruq (Murabahah Komoditi) melibatkan dua kontrak jual beli. Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh. Seterusnya, pembeli bagi urus niaga penjualan pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan serta-merta.

      Konsep Tawarruq ini juga melibatkan kontrak Wakalah (Perwakilan) dengan mengguna pakai struktur ‘dwi-wakalah’ yang merangkumi:

      • Pelantikan Bank sebagai wakil Pelanggan untuk menyempurnakan pembelian komoditi secara Murabahah daripada Bank.
      • Pelantikan Bank sebagai wakil Pelanggan untuk menjual komoditi kepada pihak ketiga.
      MOHON SEKARANG
      RELIEF & ADAPTATION FACILITY-i (RAFt)

      BSN Micro-i RAFt ialah kemudahan pembiayaan mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas akibat banjir serta berada di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai kawasan bencana banjir.

      KELAYAKAN

      • Perusahaan Mikro (Pemilikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd) yang terjejas akibat banjir dan terletak di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai kawasan bencana banjir.
      • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
      • Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam).
      • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Agensi / Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional).
      • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

      KADAR TETAP

      • 3.50% setahun

      Dokumen yang Diperlukan

      Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah. 
      Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi / semua Pengarah / Pemegang Saham / Penjamin (jika berkenaan).

      Surat Pengesahan daripada Pegawai Daerah / JKKK / Laporan Polis berkenaan premis perniagaan yang terjejas.

      Salinan bil elektrik premis perniagaan yang terjejas.

      Penyata Akaun Bank untuk 6 bulan terkini.

      Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.

      CAJ BAYARAN LEWAT

      Caj Bayaran Lewat akan dikenakan berdasarkan kepada Ta’widh (Ganti Rugi).

      Dalam tempoh pembiayaan Caj Lewat Bayar tidak melebihi 1% setahun akan dikenakan ke atas amaun ansuran bulanan yang tertunggak sekiranya anda gagal membayar mana-mana bayaran ansuran bulanan dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh bermulanya pembiayaan dikeluarkan sehingga tarikh matang pembiayaan.
      Setelah tamat tempoh pembiayaan Kadar Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (IIMM) akan dikenakan atas kegagalan membayar keseluruhan jumlah baki tertunggak selepas tempoh matang atau selepas penghakiman diperolehi, yang mana terdahulu.

      CARA MEMOHON

      NOTA:

      Kunjungi cawangan kami

      Kunjungi Pusat Pembiayaan Perniagaan kami yang terdekat untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan DI SINI.