KEMAS KINI SISTEM OPERASI (OS) DIPERLUKAN
Pelanggan yang dihormati,
Sila kemas kini peranti anda sebelum 30 Jun 2026 bagi memastikan anda dapat terus mengakses Aplikasi myBSN Mobile dan Aplikasi BSNeBiz Mobile dengan selamat dan tanpa gangguan.
Versi sistem operasi (OS) yang disokong:
- iOS: Versi 16 dan ke atas
- Android: Versi 12 dan ke atas
- EMUI: Versi 13.0.0 dan ke atas
Mengapa kemas kini ini penting:
| Aplikasi myBSN Mobile dan Aplikasi BSNeBiz Mobile bergantung pada OS peranti anda untuk menyediakan kemas kini keselamatan penting serta penambahbaikan prestasi. Versi OS yang lama mungkin tidak lagi menerima sokongan keselamatan, sekali gus meningkatkan risiko penipuan, perisian hasad (malware) atau gangguan perkhidmatan. |
Untuk memastikan akses yang selamat dan lancar, sila kemas kini peranti anda kepada versi OS yang disokong.
Terima kasih.
24 April 2026
Soalan-Soalan Lazim (FAQ) - Sistem Operasi (Operating System / OS) Aplikasi myBSN Mobile
Anda tidak akan dapat lagi menggunakan Aplikasi myBSN Mobile pada peranti mudah alih anda. Oleh itu, anda amat digalakkan untuk mengemas kini OS anda kepada versi terkini yang disokong bagi memastikan akses berterusan kepada Aplikasi myBSN Mobile dengan ciri-ciri terbaharu serta perlindungan yang lebih baik.
Anda boleh menyemak versi OS peranti mudah alih anda melalui tetapan:
- Android: Tetapan > Perihal Telefon > Maklumat Perisian
- iOS: Tetapan > Umum > Perihal
- EMUI: Tetapan > Sistem & Kemas Kini > Software update
Bagi peranti mudah alih Apple, peranti mudah alih anda perlu dikemas kini kepada iOS versi 16 dan ke atas.
Bagi peranti lain, sila pastikan sistem operasi (OS) peranti anda memenuhi versi minimum yang disokong seperti berikut:
- Android: Versi 12 dan ke atas
- EMUI: Versi 13.0.0 dan ke atas
Jika anda menggunakan versi OS yang lama, berikut adalah langkah yang boleh anda ambil:
- Kemas kini sistem operasi peranti anda
Anda boleh menyemak tetapan peranti mudah alih anda untuk melihat sama ada terdapat kemas kini OS tersedia. Kami mengesyorkan agar anda mengemas kini OS peranti mudah alih selewat-lewatnya pada 30 Jun 2026.
- Tukar ke peranti yang menyokong versi OS terkini
Jika peranti mudah alih semasa anda tidak menyokong sistem operasi (OS) terkini, anda mungkin perlu menaik taraf kepada peranti baharu yang memenuhi keperluan minimum OS. Sila ambil perhatian, pemasangan semula Aplikasi myBSN Mobile pada peranti mudah alih baharu memerlukan anda untuk mengaktifkan semula BSNSecure di mana-mana cawangan Bank atau dengan menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN, dengan tempoh bertenang minimum selama 12 jam.
Ya, kami akan memaklumkan kepada pelanggan melalui laman web, notifikasi dalam aplikasi, platform media sosial, atau mana-mana saluran komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh Bank.
Anda boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 03-2613 1900 atau kunjungi Cawangan BSN yang terdekat untuk mendapatkan bantuan.
Soalan-Soalan Lazim (FAQ) – Sistem Operasi (Operating System / OS) untuk Aplikasi BSNeBiz Mobile
Anda tidak akan dapat lagi menggunakan Aplikasi BSNeBiz Mobile pada peranti mudah alih anda. Oleh itu, anda amat digalakkan untuk mengemas kini OS anda kepada versi terkini yang disokong bagi memastikan akses berterusan kepada Aplikasi BSNeBiz Mobile dengan ciri-ciri terbaharu serta perlindungan yang lebih baik.
Anda boleh menyemak versi OS peranti mudah alih anda melalui tetapan:
- Android: Tetapan > Perihal Telefon > Maklumat Perisian
- iOS: Tetapan > Umum > Perihal
- EMUI: Tetapan > Sistem & Kemas Kini > Software update
Bagi peranti mudah alih Apple, peranti mudah alih anda perlu dikemas kini kepada iOS versi 16 dan ke atas.
Bagi peranti lain, sila pastikan sistem operasi (OS) peranti anda memenuhi versi minimum yang disokong seperti berikut:
- Android: Versi 12 dan ke atas
- EMUI: Versi 13.0.0 dan ke atas
Jika anda menggunakan versi OS yang lama, berikut adalah langkah yang boleh anda ambil:
- Kemas kini sistem operasi peranti anda
Anda boleh menyemak tetapan peranti mudah alih anda untuk melihat sama ada terdapat kemas kini OS tersedia. Kami mengesyorkan agar anda mengemas kini OS peranti mudah alih selewat-lewatnya pada 30 Jun 2025.
- Tukar ke peranti yang menyokong versi OS terkini
Jika peranti mudah alih semasa anda tidak menyokong OS terkini, anda mungkin perlu menaik taraf kepada peranti mudah alih baharu yang memenuhi keperluan minimum OS. Sila ambil perhatian, pemasangan semula Aplikasi BSNeBiz Mobile pada peranti mudah alih baharu memerlukan anda untuk mengaktifkan semula BSNeBiz Secure di mana-mana cawangan Bank atau dengan menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN, dengan tempoh bertenang minimum selama 12 jam.
Ya, kami akan memaklumkan pelanggan melalui laman web, notifikasi dalam aplikasi, platform media sosial, atau mana-mana saluran komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh Bank.
Anda boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 03-2613 1900 atau kunjungi Cawangan BSN yang terdekat untuk mendapatkan bantuan.