NOTIS PENTING:
Pelanggan yang dihormati,
Sila kemas kini sistem operasi (OS) mudah alih anda ke versi terkini bagi menikmati akses kepada Aplikasi myBSN Mobile.
Ia dapat membantu melindungi peranti anda daripada serangan siber dan memastikan pengalaman yang lancar dan selamat.
Jangan tunggu lagi – kemas kini sekarang!
Terima kasih.
Langkah-langkah untuk mengemas kini sistem operasi (OS) anda
|
Soalan-soalan lazim
Bermula 1 Oktober 2025, aplikasi myBSN Mobile tidak lagi akan berfungsi pada sistem operasi (OS) yang lama. Untuk terus menikmati akses yang lebih lancar ke akaun anda, ciri aplikasi terkini, serta perlindungan yang lebih kukuh bagi transaksi anda, sila kemas kini peranti kepada versi OS yang disokong.
Mengemas kini OS bukan sahaja dapat memastikan Aplikasi myBSN Mobile terus berfungsi, ia juga memastikan pengalaman perbankan anda lebih pantas, selamat dan seiring dengan keperluan masa hadapan. Keutamaan kami adalah untuk memberikan anda pengalaman yang terbaik, dan mengemas kini OS adalah cara paling mudah untuk melindungi kemudahan serta keselamatan akaun dan transaksi perbankan anda.
Jangan bimbang, proses untuk mengemaskini OS adalah pantas dan mudah. Selepas selesai, anda boleh terus menggunakan Aplikasi myBSN Mobile dengan lancar dan penuh keyakinan.
Sistem Operasi (OS) semasa anda tidak lagi akan disokong selepas 1 Oktober 2025. Aplikasi myBSN Mobile hanya boleh diakses pada versi minimum seperti berikut:
- iOS: versi 15 dan ke atas
- Android: versi 11 dan ke atas
- EMUI: versi 12.0.1 dan ke atas
Untuk terus menikmati pengalaman perbankan yang lebih lancar, sila pastikan peranti anda dikemas kini kepada versi OS yang disokong sebelum tarikh tersebut.
Mulai 1 Oktober 2025, Aplikasi myBSN Mobile tidak lagi boleh digunakan pada peranti dengan sistem operasi (OS) lama.
- Anda masih boleh log masuk ke Perbankan Internet myBSN (www.mybsn.com.my) menggunakan ID pengguna dan kata laluan sedia ada untuk melakukan transaksi ke atas akaun BSN anda (tidak melebihi RM10,000) seperti berikut:
- Lihat maklumat akaun
- Pindahan dana sendiri ke akaun BSN
- Pembayaran Kad Kredit dan Pinjaman / Pembiayaan BSN
- Pembelian SSP
- Peletakan Term Deposit
Semua transaksi di atas hanya tersedia kepada pelanggan yang berdaftar dan telah mengaktifkan Aplikasi myBSN Mobile sebelum 30 September 2025.
- Namun, anda tidak boleh melakukan transaksi perbankan melalui Aplikasi MyBSN Mobile sehingga peranti anda dikemas kini ke OS versi terkini.
Antara transaksi yang tidak dapat dilakukan ialah:- QR Pay
- Pindahan Dana (IBG & DuitNow)
- Pembayaran Kad Kredit atau Pinjaman/Pembiayaan
- Pembayaran Bil / JomPAY
- Tambah Nilai Pasca Bayar
- Simpanan BSN eSSP (BSN eSSP Savings)
- e-Gold (urusan jual dan beli)
Untuk mengelakkan gangguan, sila kemas kini OS peranti mudah alih anda kepada versi terkini yang disokong.
Dengan ini, anda dapat terus menikmati ciri baharu, perlindungan lebih baik, dan akses penuh tanpa gangguan ke Aplikasi myBSN Mobile.
Mudah sahaja. Sila ikuti langkah ringkas ini pada peranti mudah alih anda:
- Android: Tetapan (Settings) > Tentang Telefon / Perihal Telefon (About Phone) > Maklumat Perisian (Software Information).
- Huawei: Tetapan (Settings) > Perihal Telefon (About Phone) > Versi Perisian (Software Version).
- iOS: Tetapan (Settings) > Umum (General) > Perihal (About).
Versi OS anda akan dipaparkan dengan segera.
Jika anda menggunakan versi OS lama, berikut langkah mudah untuk kekal menggunakan Aplikasi myBSN Mobile:
- Kemas kini sistem operasi peranti anda
Semak tetapan peranti untuk melihat sama ada kemas kini OS tersedia. Kami galakkan anda mengemas kini selewat-lewatnya pada 30 September 2025 supaya akses ke Aplikasi myBSN Mobile tidak terganggu.
- Tukar ke peranti yang menyokong OS terkini
Jika peranti semasa tidak menyokong OS terkini, anda mungkin perlu menggunakan peranti baharu. Selepas memuat turun semula Aplikasi myBSN Mobile, anda hanya perlu aktifkan semula BSNSecure.
Proses ini mudah dan boleh dilakukan di mana-mana cawangan BSN atau melalui Pusat Perhubungan Pelanggan BSN. Hanya terdapat tempoh bertenang minimum 12 jam sebelum aplikasi sedia digunakan semula.
Ambil langkah ini sekarang untuk terus menikmati ciri terbaharu, perlindungan lebih baik dan akses penuh ke Aplikasi myBSN Mobile.
Ya. Kami sentiasa memaklumkan pelanggan kami melalui pelbagai saluran, termasuk laman web rasmi, notifikasi dalam aplikasi, media sosial, serta saluran lain yang dianggap sesuai oleh pihak Bank.
Dengan cara ini, anda akan sentiasa mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini daripada kami.
Anda boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 03-2613 1900 atau kunjungi Cawangan BSN yang terdekat untuk mendapatkan bantuan.
Layari halaman Tip Keselamatan kami untuk lebih banyak tip keselamatan.