NOTIS PENTING:
Pelanggan yang dihormati,
Sila kemas kini Aplikasi myBSN Mobile anda ke versi 2.2.5 sebelum 13 Disember 2025 bagi memastikan pengalaman yang selamat dan lancar.
Terima kasih.
Cara untuk mengemas kini:
Langkah 1: | Buka App Store/ Google Play Store/ Huawei AppGallery pada peranti anda |
Langkah 2: | Cari “myBSN” |
Langkah 3: | Tekan “Kemas Kini” untuk memasang versi terkini |
Keperluan minimum versi sistem operasi (OS) bagi peranti:
|
Soalan-soalan lazim
Versi terkini Aplikasi myBSN Mobile adalah 2.2.5.
Anda perlu menggunakan versi terkini (2.2.5) untuk memastikan transaksi anda kekal selamat dan terjamin.
Sila ikut langkah-langkah di bawah untuk mengesahkan versi terkini Aplikasi myBSN Mobile anda.
- Langkah 1: Buka App Store/Google Play Store/ Huawei AppGallery pada peranti anda.
- Langkah 2: Cari “myBSN”
- Langkah 3: Klik “Kemas Kini” untuk mengemas kini kepada versi terkini.
Anda perlu menyemak sama ada peranti anda memenuhi versi sistem operasi (OS) minimum yang diperlukan untuk menggunakan aplikasi ini.
Jika anda tidak mengemas kini Aplikasi myBSN Mobile sebelum 13 Disember 2025, anda mungkin tidak dapat mengakses atau log masuk ke aplikasi tersebut sehingga anda mengemaskini kepada versi terkini.
Tidak. Anda boleh terus mengemas kini aplikasi myBSN Mobile ke versi terkini melalui App Store/ Google Play Store/ Huawei AppGallery.
Jika aplikasi masih tidak dapat dibuka selepas dikemas kini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Langkah 1: Mulakan semula (restart) peranti anda.
- Langkah 2: Pastikan peranti anda memenuhi keperluan sistem minimum untuk aplikasi.
- Langkah 3: Bersihkan cache aplikasi (untuk Android) atau pasang semula aplikasi.
- Langkah 4: Jika masalah masih berterusan, hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN untuk mendapatkan bantuan.
Sekiranya peranti anda tidak serasi dengan Aplikasi myBSN Mobile, sila semak versi sistem operasi peranti anda. Anda mungkin perlu mengemas kini ke versi OS terkini untuk menggunakan aplikasi ini.
Aplikasi myBSN Mobile hanya boleh diakses pada versi minimum berikut:
- iOS: versi 15 dan ke atas
- Android: versi 11 dan ke atas
- EMUI: versi 12.0.1 dan ke atas
Tidak, mengemas kini aplikasi tidak akan memadam data anda. Semua maklumat akaun dan tetapan anda akan terus kekal selepas kemas kini.
Apabila anda membuka App Store/ Google Play Store/ Huawei AppGallery, butang Kemas Kini (Update) tidak akan lagi dipaparkan. Jika aplikasi anda sudah dikemas kini, hanya butang Buka (Open) akan ditunjukkan.
Ya. Kami sentiasa memaklumkan pelanggan kami melalui pelbagai saluran, termasuk laman web rasmi, notifikasi dalam aplikasi, media sosial, serta saluran lain yang dianggap sesuai oleh pihak Bank.
Layari halaman Tip Keselamatan kami untuk lebih banyak tip keselamatan.