BSN Micro-i Madani Penjaja ialah satu kemudahan pembiayaan mikro yang ditawarkan kepada penjaja statik dan bukan statik untuk membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan.
KELAYAKAN
- Perusahaan mikro/kecil/penjaja.
- Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
- Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 bulan (berdasarkan kategori dan jenis perusahaan).
KADAR
Kadar Rata: 3.50% sehingga 4.00% setahunÂ
Dokumen yang Diperlukan
| Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah (jika berkenaan). |
| Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). |
Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan atau enam (6) bulan terkini. |
Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan. |
Sebut harga belian bagi tujuan menaiktaraf perniagaan. |
Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank. |
CAJ BAYARAN LEWAT
Caj Bayaran Lewat akan dikenakan berdasarkan kepada Ta’widh (Ganti Rugi).
| Dalam tempoh pembiayaan | Caj Lewat Bayar tidak melebihi 1% setahun akan dikenakan ke atas amaun ansuran bulanan yang tertunggak sekiranya anda gagal membayar mana-mana bayaran ansuran bulanan dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh bermulanya pembiayaan dikeluarkan sehingga tarikh matang pembiayaan. |
| Setelah tamat tempoh pembiayaan | Kadar Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (IIMM) akan dikenakan atas kegagalan membayar keseluruhan jumlah baki tertunggak selepas tempoh matang atau selepas penghakiman diperolehi, yang mana terdahulu. |
CARA MEMOHON
- Permohonan boleh dilakukan secara atas talian. MOHON SEKARANG.
- Panduan pengguna untuk permohonan atas talian.
- Hubungi Credit Supervisory Team kami untuk maklumat lanjut.
NOTA:
- Kadar Pasaran Wang Antara Bank-Bank Islam (IIMM) tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa.
- Lihat Jadual Ilustrasi Pembayaran Ibra’.
- Lihat Penyata Pendedahan Produk.
- Lihat Soalan-soalan Lazim.
- Tertakluk pada Terma & Syarat.
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi Pusat Pembiayaan Perniagaan kami yang terdekat untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan DI SINI.

