GERAN DIGITAL PMKS MADANI (GDPM)

Pelanggan yang dihormati,

Kerajaan Malaysia telah melancarkan inisiatif Geran Digital PMKS Madani (GDPM) untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) menambah baik aplikasi pendigitalan dalam operasi perniagaan harian mereka. Geran atau pemberian itu akan memberikan padanan pemberian 50% atau sehingga RM5,000 untuk perniagaan yang layak.

Program ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mereformasi ekonomi digital dan meningkatkan pendedahan PMKS kepada era digital. Program GDPM adalah di bawah penyeliaan Bank Simpanan Nasional (BSN). Program ini juga disokong oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), dua agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital. MDEC bertindak sebagai rakan kongsi teknologi bagi menyokong dan mengenal pasti rakan kongsi teknologi yang sesuai untuk bekerjasama dengan penerima geran.

Semua urusan permohanan perlu dibuat menerusi platform dalam talian yang sah iaitu:
https://fundingsocieties.com.my/msme-digital-grant-madani#application-form.

Untuk makluman, tiada gabungan peranti diperkenalkan di bawah program ini.

Panel teknologi yang diluluskan turut disenaraikan dalam pautan berkenaan. Pemohon digalakkan berurusan hanya dengan mana-mana syarikat teknologi yang tersenarai dalam pautan berkenaan. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut mengenai program GDPM harus diajukan terus kepada pihak BSN, MDEC dan MCMC.



Terima kasih.

17 November 2023