• SKIM JAMINAN KERAJAAN MADANI (GGSM-i)
    Terokai lebih banyak peluang untuk mengembangkan perniagaan anda

    Ciri-ciri

      • Tujuan Pembiayaan: Modal Kerja
      • Amaun Pembiayaan: RM5,000 - RM100,000
      • Tempoh Pembiayaan: 1 - 7 tahun
      Konsep Syariah

      Kemudahan pembiayaan ini adalah berasaskan konsep Tawarruq (Komoditi Murabahah), iaitu kaedah pembiayaan yang mematuhi prinsip Syariah melalui urus niaga jual beli komoditi. Di bawah konsep ini:

      • Bank menjual komoditi kepada anda secara pembayaran tertangguh.
      • Komoditi tersebut kemudiannya dijual kepada pihak ketiga secara tunai bagi membolehkan anda memperoleh amaun pembiayaan.

      Kemudahan ini juga menggunakan konsep Wakalah (Perwakilan), di mana anda memberi kuasa kepada Bank untuk menguruskan pembelian dan penjualan komoditi bagi pihak anda sebagai sebahagian daripada proses pembiayaan.

      MOHON SEKARANG
      SKIM JAMINAN KERAJAAN MADANI (GGSM-i)

      Dapatkan sokongan pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kerajaan MADANI untuk membantu memenuhi keperluan modal kerja atau mengembangkan perniagaan anda.

      KELAYAKAN

      • Perusahaan Mikro (Pemilikan Tunggal / Perkongsian / Perkongsian Liabiliti Terhad / Syarikat Sdn. Bhd).
      • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
      • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
      • Perniagaan telah beroperasi sekurang kurangnya dua (2) tahun.

      Dokumen yang Diperlukan

      Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi / semua Pengarah (jika berkenaan)
      Sijil Pendaftaran Syarikat dengan SSM / Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
      Penyata akaun bank untuk enam (6) bulan terkini
      Salinan satu (1) bulan bil elektrik atau air premis perniagaan terkini
      Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank

      KADAR RATA

      • Dari 4.46% setahun, termasuk sebarang fi jaminan

      CAJ BAYARAN LEWAT

      Caj Bayaran Lewat akan dikenakan berdasarkan kepada Ta’widh (Ganti Rugi).

      Dalam tempoh pembiayaan Caj Lewat Bayar tidak melebihi 1% setahun akan dikenakan ke atas amaun ansuran bulanan yang tertunggak sekiranya anda gagal membayar mana-mana bayaran ansuran bulanan dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh bermulanya pembiayaan dikeluarkan sehingga tarikh matang pembiayaan.
      Setelah tamat tempoh pembiayaan Kadar Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (IIMM) akan dikenakan atas kegagalan membayar keseluruhan jumlah baki tertunggak selepas tempoh matang atau selepas penghakiman diperolehi, yang mana terdahulu.

      CARA MEMOHON

      NOTA:

      Kunjungi cawangan kami

      Kunjungi Pusat Pembiayaan Perniagaan kami yang terdekat untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan DI SINI.