TEMPOH KEMPEN

23 Mei 2025 - 22 Mei 2026

KAD YANG LAYAK

Semua Ahli Kad Utama Bank yang Baharu untuk Kad Kredit/-i BSN

TAWARAN

Nikmati fleksibiliti kewangan yang lebih baik dan ketenangan minda.

Hanya mohon, aktifkan dan berbelanja dengan Kad Kredit/-i BSN baharu anda untuk menikmati Pelan EasyCash selama 6 bulan dengan kadar 0% faedah/yuran pengurusan dan fi pendahuluan tunai sekali.

Dapatkan wang tunai segera untuk keperluan anda dengan Pelan EasyCash BSN. Sama ada untuk penambahbaikan rumah, pendidikan, atau perbelanjaan tidak dijangka, kami sedia membantu anda dengan pembiayaan yang mudah dan pantas.

Hanya ikuti 4 langkah mudah (Kriteria Kelayakan) di bawah:
  1. Mohon mana-mana Kad Kredit/-i BSN. Pilih kad yang paling sesuai untuk anda di sini.
  2. Aktifkan Kad Kredit/-i BSN yang diluluskan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh kelulusan Kad. Untuk cara mengaktifkan kad, klik di sini.
  3. Membuat minimum 1 perbelanjaan runcit dengan sebarang amaun dalam tempoh 4 bulan dari tarikh kelulusan Kad.
  4. Kemukakan permohonan Pelan EasyCash 6 bulan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh kelulusan Kad.

TERMA & SYARAT

  1. Kempen ini terbuka kepada semua ahli kad utama Bank yang baharu untuk kad kredit/-i yang dikeluarkan oleh BSN.
  2. Ahli Kad Baharu mesti memenuhi semua Kriteria Kelayakan untuk menikmati Pelan EasyCash 6 bulan tanpa sebarang fi.
  3. Untuk terma dan syarat kempen yang lengkap, klik di sini.