Safe Switch ialah fungsi baharu dalam sistem BSNeBiz yang tersedia sebagai satu ciri keselamatan layan diri yang membolehkan organisasi anda melindungi akaun BSNeBiz organisasi daripada transaksi yang mencurigakan atau tidak dibenarkan.

Fungsi Safe Switch BSNeBiz membantu melindungi dana organisasi anda daripada penipuan dalam talian dan meningkatkan keselamatan perbankan dalam talian.

Ciri keselamatan ini boleh diakses melalui web atau aplikasi mudah alih oleh pengguna organisasi di mana sistem BSNeBiz akan mengalih keluar pengguna organisasi daripada sesi dan menyahaktif serta menyekat semua akses pengguna ke akaun organisasi.

KELEBIHAN SAFE SWITCH BSNeBiz
  • Melindungi wang organisasi anda serta-merta sekiranya anda mengesyaki telah ditipu atau akaun organisasi anda telah dikompromi.
  • Mencegah transaksi tanpa kebenaran memandangkan penipu dalam talian tidak dapat mengakses Perbankan BSNeBiz organisasi anda.
  • Meningkatkan ciri keselamatan perbankan dalam talian organisasi anda kerana pengaktifan semula memerlukan proses pengesahan identiti yang ketat oleh Pusat Perhubungan Pelanggan BSN.
  • Mempunyai kawalan ke atas kewangan organisasi anda dengan perkhidmatan keselamatan layan diri melalui BSNeBiz.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGGUNAKAN SAFE SWITCH myBSN

Kunjungi laman sesawang BSNeBiz.

Log masuk ke www.bsnebiz.com.my.

Log masuk ke www.bsnebiz.com.my.

Pilih menu ‘Safe Switch’ pada bahagian atas kiri halaman Perbankan BSNeBiz.

Pilih menu ‘Safe Switch’ pada bahagian atas kiri halaman Perbankan BSNeBiz.

Masukkan catatan (remarks) jika perlu dan klik butang ‘Next’.

Masukkan catatan (remarks) jika perlu dan klik butang ‘Next’.

Sahkan dan klik ‘Confirm’ bagi meneruskan proses penyahaktifan atau menyekat akses Perbankan BSNeBiz orgaisasi anda.

Sahkan dan klik ‘Confirm’ bagi meneruskan proses penyahaktifan atau menyekat akses Perbankan BSNeBiz orgaisasi anda.

Log masuk ke www.bsnebiz.com.my.

Log masuk ke www.bsnebiz.com.my.

Pilih menu ‘Safe Switch’ pada bahagian atas kiri halaman Perbankan BSNeBiz.

Pilih menu ‘Safe Switch’ pada bahagian atas kiri halaman Perbankan BSNeBiz.

Masukkan catatan (remarks) jika perlu dan klik butang ‘Next’.

Masukkan catatan (remarks) jika perlu dan klik butang ‘Next’.

Sahkan dan klik ‘Confirm’ bagi meneruskan proses penyahaktifan atau menyekat akses Perbankan BSNeBiz orgaisasi anda.

Sahkan dan klik ‘Confirm’ bagi meneruskan proses penyahaktifan atau menyekat akses Perbankan BSNeBiz orgaisasi anda.

LANGKAH 1
Log masuk ke www.bsnebiz.com.my.

LANGKAH 2
Pilih menu ‘Safe Switch’ pada bahagian atas kiri halaman Perbankan BSNeBiz.

LANGKAH 3
Masukkan catatan (remarks) jika perlu dan klik butang ‘Next’.

LANGKAH 4
Sahkan dan klik ‘Confirm’ bagi meneruskan proses penyahaktifan atau menyekat akses Perbankan BSNeBiz orgaisasi anda.

NOTA:

  • Sistem BSNeBiz akan mengalih keluar pengguna organisasi secara automatik serta-merta dan memaparkan skrin log keluar.
BAGAIMANA UNTUK AKTIFKAN SEMULA AKSES AKAUN?

Untuk melepaskan sekatan ke atas atau mengaktifkan semula akses Perbankan BSNeBiz organisasi, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 03-2613 1900.

Soalan-soalan lazim (faq)

Nyahaktif akses ke akaun BSNeBiz dengan segera menggunakan BSNeBiz Safe Switch untuk melindungi akaun BSNeBiz organisasi anda. Seterusnya, hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 03-2613 1900 dengan segera bagi membuat laporan.

Hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 03-2613 1900 dengan segera jika anda mengesyaki bahawa akses kepada BSNeBiz atau nama pengguna dan/atau kata laluan bagi akaun BSNeBiz Organisasi anda telah dicuri.

Untuk mengaktifkan semula akses Perbankan BSNeBiz organisasi anda, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 03-2613 1900.

Anda boleh mengakses atau menggunakan Perbankan BSNeBiz organisasi anda dengan Nama Pengguna (Username) dan Kata Laluan (Password) yang sama serta-merta selepas pengaktifan semula tertakluk kepada verifikasi berjaya dilakukan oleh Pusat Perhubungan Pelanggan BSN.

Wang anda kekal selamat dalam akaun BSNeBiz organisasi anda. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan anda untuk membuat pengaktifan semula akses BSNeBiz dengan menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di talian 03-2613 1900.

Kemas kini OS anda untuk mendapatkan ciri-ciri keselamatan terkini selain melindungi peranti anda semasa menggunakan Aplikasi BSNeBiz Mobile.

Bermula 1 Oktober 2025, pelanggan perlu mengemas kini versi OS seperti berikut untuk terus menggunakan Aplikasi BSNeBiz Mobile.

  • iOS: versi 15 dan ke atas
  • Android: versi 11 dan ke atas
  • EMUI: versi 12.0.1 dan ke atas

Versi OS yang lama tidak lagi menyokong aplikasi ini.

Soalan-Soalan Lazim (FAQ) – Sistem Operasi (Operating System / OS) untuk Aplikasi BSNeBiz Mobile

Anda tidak akan dapat lagi menggunakan Aplikasi BSNeBiz Mobile pada peranti mudah alih anda. Oleh itu, anda amat digalakkan untuk mengemas kini OS anda kepada versi terkini yang disokong bagi memastikan akses berterusan kepada Aplikasi BSNeBiz Mobile dengan ciri-ciri terbaharu serta perlindungan yang lebih baik.

Anda boleh menyemak versi OS peranti mudah alih anda melalui tetapan:

  • Android: Tetapan > Perihal Telefon > Maklumat Perisian
  • iOS: Tetapan > Umum > Perihal

Bagi peranti mudah alih Apple, peranti mudah alih anda perlu dikemas kini kepada iOS 15 dan ke atas. Bagi peranti mudah alih Android sistem operasi (OS) 11 dan ke atas, dan Huawei (EMUI) 12.0.1 dan ke atas diperlukan.

Jika anda menggunakan versi OS yang lama, berikut adalah langkah yang boleh anda ambil:

  • Kemas kini sistem operasi peranti anda
    Anda boleh menyemak tetapan peranti mudah alih anda untuk melihat sama ada terdapat kemas kini OS tersedia. Kami mengesyorkan agar anda mengemas kini OS peranti mudah alih selewat-lewatnya pada 30 September 2025.
  • Tukar ke peranti yang menyokong versi OS terkini
    Jika peranti mudah alih semasa anda tidak menyokong OS terkini, anda mungkin perlu menaik taraf kepada peranti mudah alih baharu yang memenuhi keperluan minimum OS. Sila ambil perhatian, pemasangan semula Aplikasi BSNeBiz Mobile pada peranti mudah alih baharu memerlukan anda untuk mengaktifkan semula BSNeBiz Secure di mana-mana cawangan Bank atau dengan menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN, dengan tempoh bertenang minimum selama 12 jam.

Ya, kami akan memaklumkan pelanggan melalui laman web, notifikasi dalam aplikasi, platform media sosial, atau mana-mana saluran komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh Bank.

Anda boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian +603-2613-1900 atau kunjungi Cawangan BSN yang terdekat untuk mendapatkan bantuan.

Kunjungi cawangan kami

Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.