Selama lima dekad, kami komited untuk Mendukung Aspirasi Merentasi Generasi. Ikuti kami dalam meraikan dan mengiktiraf perjalanan sepanjang 50 tahun yang lalu bersama seluruh rakyat Malaysia. Bagi memperingati pencapaian yang amat bermakna ini, kami telah menyediakan pelbagai acara dan aktiviti menarik yang mencerminkan semangat kebersamaan kami.
Tak perlu lagi bawa wang tunai atau beratur panjang untuk membuat pembayaran! Ramadan ini, BSN sekali lagi bekerjasama dengan Tech Hunter, untuk menawarkan alat peranti soundbox yang disambungkan ke telefon pintar peniaga Bazar Ramadan Digital di Kuala Lumpur bagi melancarkan urusan transaksi sepanjang bulan puasa ini.
Tahun 2024 ini, DuitNow soundbox akan disediakan kepada peniaga di 24 lokasi bazar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur. Ingin tahu bagaimana soundbox berfungsi?
- Pelanggan hanya perlu scan kod QR yang disediakan oleh peniaga menggunakan telefon bimbit.
- Soundbox akan mengeluarkan bunyi notifikasi bagi memaklumkan kepada peniaga bahawa bayaran telah diterima.
Tiada tunai, tiada kad fizikal, tiada resit! BSN berbangga dapat terus berinovasi demi memudahkan dan memberi keselesaan kepada peniaga dan pelanggan kami.
Kunjungi Bazar Ramadan di Jalan Kuching dan 23 lokasi bazar Ramadan lain sehingga 9 April 2024 dan rasai pengalaman transformasi yang mengubah tradisi pengalaman bazar anda!
24 lokasi Bazar Ramadan yang menggunakan BSN Duitnow QR Soundbox:
- Bazar PKNS Jalan Kuching
- Bazar TTDI Jalan Fuad 2
- Bazar Ramadan Taman Sri Sinar
- Bazar PPR Batu Muda
- Bazar Ramadan Taman Wilayah Selayang
- Bazar Ramadan Taman Dato Senu
- Bazar Ramadan Jalan Mega Mendung
- Bazar Ramadan Taman Bukit Cheras
- Bazar Ramadan Bandar Tun Razak
- Bazar Ramadan Taman Desa
- Bazar Ramadan PPR Bukit Jalil
- Bazar Ramadan Telawi Bangsar
- Bazar Ramadan Desa Petaling
- Bazar Ramadan PPR Seri Alam II
- Bazar Ramadan Masjid Jamek
- Bazar Ramadan Taman Melati, Setapak
- Bazar Ramadan Sri Jati 3
- Bazar Ramadan Jalan Jujur Bandar Tun Razak
- Bazar Ramadan Metro Prima Kepong
- Bazar Ramadan Taman Tenaga
- Bazar Ramadan Jalan Radin Anum Sri Petaling
- Bazar Ramadan Wangsa Maju
- Bazar Ramadan Setapak Indah
- Bazar Ramadan UTC Sentul