Visi ‘Tiada Rakyat Malaysia yang Ketinggalan’ yang didokong selama ini telah mendorong BSN untuk menyediakan perkhidmatan kewangan inklusif kepada mereka yang memerlukan sepanjang 50 tahun yang lalu. Melalui inisiatif CSR di bawah jenama BSN Care, kami telah berjaya mengubah serta memperkasakan kehidupan rakyat Malaysia sekali gus menyatukan Warga BSN di seluruh negara.

BSN Care 50 Hari Memberi merupakan inisiatif CSR yang dilancarkan sempena ulang tahun BSN yang ke-50 dan sebahagian daripada matlamat jangka panjang kami demi mencapai 100,000 jam CSR menjelang tahun 2030. Sebanyak 50 program CSR telah berjaya disempurnakan sehingga Disember 2024. Manakala bagi program lain yang memberi tumpuan kepada pendidikan, komuniti, kesihatan dan keselamatan, sukan, penglibatan perniagaan dan kelestarian, akan dilaksanakan sepanjang tahun untuk memberi manfaat kepada pelbagai komuniti. Dengan kerjasama NGO dan organisasi tempatan, kami mampu memperkasakan komuniti melalui program CSR yang dipilih dengan teliti, selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Inisiatif ini dilaksanakan seiring dengan janji kami iaitu ‘Kehidupan Lebih Baik Dalam Jangkauan Anda’, mencipta impak berpanjangan dengan menyumbang kepada komuniti.

Meningkatkan taraf hidup komuniti underserved dan unserved adalah keutamaan kami dan merupakan fokus utama program CSR kami. Kepelbagaian program ini mampu meningkatkan kesedaran, di samping melengkapkan generasi akan datang dengan ilmu kewangan yang kukuh, menghargai masa lalu dan menyambut era kelestarian.

BSN Care komited untuk memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi kesan positif jangka panjang yang bermanfaat kepada komuniti, selaras dengan aspek Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG). Terima kasih kerana menyokong kami dengan penuh setia selama 50 tahun ini!

Lihat senarai program BSN Care: 50 Hari Memberi.