Tarikh:27 November 2022
Tempat:Dewan Sri Putra, Bukit Jalil

BSN telah bekerjasama sebagai rakan strategik Petrosains dalam menjayakan Petrosains RBTX Challenge 2022. BSN juga yang diwakili oleh Ketua Pegawai Perniagaan, En Mujiburrahman Abdul Rashid telah menerima cenderahati penghargaan pada majlis akhir program tersebut.

Pihak Petrosains juga akan menganjurkan program BSJ at School di 16 buah sekolah BSN Ambassador seluruh Malaysia dan juga program bengkel STEM secara dalam talian untuk kategori murid sekolah rendah, sekolah menengah dan kategori ibu bapa.

Besarlah harapan BSN sekiranya semua ibu bapa, guru-guru dan murid-murid dapat bekerjasama menyertai dan menjayakan program ini. Nantikan kemunculan kami pada tahun 2023 dengan pelbagai aktiviti menarik!