| Tarikh: | 22 Ogos 2022 - 24 Ogos 2022 |
| Tempat: | Hotel The Everly, Putrajaya |
Seramai 16 orang guru yang terpilih telah berkumpul di Hotel Everly Putrajaya bagi menghasilkan kandungan Modul Celik Kewangan BSN 2022. Kandungan modul yang dihasilkan adalah tidak lari dengan 6 elemen Celik Kewangan yang telah digariskan oleh BNM.
Modul ini dihasilkan sebagai panduan guru-guru sekolah bagi mengajar dan menyampaikan ilmu berkaitan Kewangan agar murid-murid sekolah Celik dan Cakna dengan pendidikan Kewangan serta dapat kaitkan Kewangan dengan kehidupan. Modul tersebut dihasilkan bagi dua kategori sekolah iaitu:
- Sekolah Rendah
- Sekolah Menengah
Nantikan kemunculan modul tersebut untuk digunapakai di sekolah adik-adik.