Tarikh: | 6 Ogos 2022 - 10 September 2022 |
Platform: |
Kejohanan e-Sukan Roblox dan FIFA Mobile selama 9 minggu (setiap Sabtu) telah tamat dan sebanyak 16 pasukan Roblox serta 16 peserta FIFA Mobile telah diumumkan sebagai pemenang. Perlawanan Roblox tersebut telah pun bermula pada 6 Ogos 2022 iaitu di Kelayakan Zon A dan 13 Ogos 2022 di Kelayakan Zon B manakala peringkat akhir perlawanan telah diadakan pada 20 Ogos 2022 dengan melibatkan kedua-dua buah zon.
Selain dari perlawanan e-Sukan Roblox bagi kategori murid sekolah rendah, BSN juga menganjurkan perlawanan e-Sukan FIFA Mobile bagi murid sekolah menengah yang telah berlangsung pada 27 Ogos sehingga 10 September 2022. Seramai 16 orang peserta telah mendapat tempat dalam perlawanan ini. Tahniah diucapkan kepada semua!
Lihat senarai pemenang di sini.