TEMPOH KEMPEN
10 Julai 2025 - 30 September 2025
KAD YANG LAYAK
Semua pemohon Kad Kredit/-i BSN utama baharu (kecuali Kad-i Korporat BSN Visa) dan ahli utama Kad Kredit/-i BSN sedia ada yang menerima jemputan daripada BSN melalui SMS
TAWARAN
Tawaran eksklusif hanya untuk anda, belanja dengan Kad Kredit BSN anda sekarang!
RM50 Pulangan Tunai | RM100 Pulangan Tunai |
Aktifkan dan lakukan sekurang-kurangnya satu (1) transaksi runcit minimum RM50 | Aktifkan, lakukan sekurang-kurangnya satu (1) perbelanjaan runcit minimum RM50 DAN mohon Program Pindahan Baki BSN atau Pelan EasyCash BSN |
Lihat cara-cara untuk mengaktifkan kad anda di sini.
TERMA & SYARAT
- Kempen ini terbuka kepada semua pemohon Kad Kredit/-i BSN utama baharu (kecuali Kad-i Korporat BSN Visa) dengan permohonan diluluskan oleh BSN semasa Tempoh Kempen (“Pelanggan Layak Baharu”) DAN pemegang utama Kad Kredit/-i BSN sedia ada (“Pelanggan Layak Sedia Ada”) yang belum mengaktifkan Kad Kredit/-i BSN dan menerima jemputan daripada BSN untuk menyertai Kempen ini melalui perkhidmatan pesanan ringkas (“SMS”) semasa Tempoh Kempen.
- Jumlah Ganjaran Pulangan Tunai dihadkan kepada RM45,000 sahaja sepanjang Tempoh Kempen dan diberikan atas dasar yang pertama didahulukan, sehingga Ganjaran Pulangan Tunai ditebus sepenuhnya.
- Permohonan untuk Pelan 0% EasyCash BSN (Pelan CA) tidak layak untuk Kempen ini.
- Setiap Pelanggan Layak berhak dan hanya akan menerima SATU (1) Ganjaran Pulangan Tunai sama ada RM50 atau RM100, tanpa mengira bilangan Kad Kredit/-i BSN yang diluluskan dan diaktifkan.
- Untuk terma dan syarat lengkap, klik di sini.