BSN MyGold Account-i ialah akaun emas patuh Syariah (disokong 100% oleh emas fizikal) yang membolehkan pelanggan membuat pelaburan mampu milik, dengan mudah dan selamat. Pulangan pada BSN MyGold Akaun-i adalah tertakluk kepada turun naik harga emas.
KONTRAK SYARIAH
| Bai Musawammah Kontrak Jual Beli tanpa pendedahan harga kos emas dan margin keuntungan kepada pelanggan. | |
| Wakalah Di bawah produk ini, Pelanggan melantik Bank sebagai ejen pelanggan untuk menguruskan dan mengendalikan BSN MyGold Account-i sebagaimana yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat. |
KELAYAKAN
| lndividu (Warganegara Malaysia, Residen / Bukan Residen) | Bukan-lndividu |
| Akaun Korporat bagi perniagaan yang didaftarkan di Malaysia - pemilikan tunggal, perkongsian, syarikat, Sendirian Berhad atau Berhad, persatuan dan kelab. |


NOTA:
- Harga emas di BSN telah meningkat lebih daripada 60% sejak dilancarkan pada Ogos 2023.
CARA PEMBELIAN?
Kaunter cawangan BSN
Penasihat Kewangan
Aplikasi myBSN Mobile
TRANSAKSI YANG TERLIBAT
![]()
Jual Beli Emas
![]()
Pemindahan Emas
![]()
Tebus kepada Emas fizikal
LANGKAH-LANGKAH MEMBUKA AKAUN BSN MYGOLD ACCOUNT-i
| Langkah 1: | Kunjungi mana-mana Cawangan BSN terdekat. |
| Langkah 2: | Bawa dokumen pengenalan diri yang sah (Contoh: Kad Pengenalan). |
| Langkah 3: | Maklumkan kepada pegawai kaunter bahawa anda ingin membuka Akaun BSN MyGold Account-i dan serahkan dokumen yang diperlukan. |
| Langkah 4: | Setelah permohonan anda diluluskan, tandatangan pada borang pembukaan akaun yang disediakan. |
| Langkah 5: | Anda akan menerima butiran akaun baharu anda setelah pembelian pertama dilakukan. |
NIKMATI KEMUDAHAN PELABURAN EMAS SECARA DALAM TALIAN MELALUI APLIKASI myBSN MOBILE
BELI EMAS
Buka Aplikasi myBSN Mobile dan log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan berdaftar anda.
Daripada menu utama, pilih tab ‘Investment’. Pilih jenis transaksi pilihan anda: ‘Buy Now’
Masukkan jumlah dalam RM atau gram dan klik ‘Sahkan’ (Confirm).
Semak butiran transaksi dengan teliti untuk memastikan ketepatan. Setelah disahkan, tekan ‘Next’ untuk meneruskan.
Semak butiran transaksi dengan teliti untuk memastikan ketepatan. Setelah disahkan, tekan ‘Hantar’ (Submit) untuk meneruskan.
Sahkan transaksi menggunakan kaedah pengesahan selamat yang telah didaftarkan (biometrik atau notifikasi tolak – push notification).
Selepas pengesahan berjaya, anda akan dibawa ke ‘Halaman Akuan Terima’ (Acknowledgement Page). Halaman pengesahan akan memaparkan status transaksi serta nombor rujukan untuk rekod anda.
JUAL EMAS
Buka Aplikasi myBSN Mobile dan log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan berdaftar anda.
Daripada menu utama, pilih tab ‘Investment’. Pilih jenis transaksi pilihan anda: ‘Sell Now’
Masukkan jumlah dalam RM atau gram dan klik ‘Sahkan’ (Confirm).
Semak butiran transaksi dengan teliti untuk memastikan ketepatan. Setelah disahkan, tekan ‘Next’ untuk meneruskan.
Semak butiran transaksi dengan teliti untuk memastikan ketepatan. Setelah disahkan, tekan ‘Hantar’ (Submit) untuk meneruskan.
Sahkan transaksi menggunakan kaedah pengesahan selamat yang telah didaftarkan (biometrik atau notifikasi tolak – push notification).
Selepas pengesahan berjaya, anda akan dibawa ke ‘Halaman Akuan Terima’ (Acknowledgement Page). Halaman pengesahan akan memaparkan status transaksi serta nombor rujukan untuk rekod anda.
NOTA:
- Untuk akaun bersama dan akaun bukan individu, semua transaksi hanya boleh dilakukan di kaunter mana-mana Cawangan BSN. Klik di sini untuk lokasi Cawangan BSN yang berdekatan dengan anda.
KEMAS KINI HAD TRANSAKSI

LANGKAH 1
Log masuk ke akaun BSN anda melalui Perbankan Internet myBSN menggunakan ID pengguna dan kata laluan berdaftar anda.

LANGKAH 2
Pergi ke ‘Tetapan Akaun’ (Account Settings) dan pilih ‘Kemas Kini Had Transaksi’ (Update Transaction Limit).

LANGKAH 3
Pilih jenis transaksi yang ingin dikemas kini (contohnya, Pembelian eGOLD atau Jualan eGOLD), kemudian klik ‘Seterusnya’ (Next).

LANGKAH 4
Masukkan had transaksi pilihan anda dalam ruangan yang disediakan dan klik ‘Hantar’ (Submit).

LANGKAH 5
Satu notifikasi tolak (push notification) akan dihantar ke Aplikasi myBSN Mobile yang telah didaftarkan. Sila sahkan permintaan tersebut untuk meneruskan proses.

LANGKAH 6
Selepas pengesahan berjaya, anda akan dibawa ke ‘Halaman Akuan Terima’ (Acknowledgement Page). Sila ambil perhatian bahawa had transaksi baharu anda hanya akan berkuat kuasa selepas tempoh bertenang 12 jam.
KADAR HARGA EMAS
| Bank Jual (MYR) | Bank Beli (MYR) |
596.79 | 564.80 |
(Harga yang dipaparkan adalah indikatif dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal. Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan kami atau kunjungi cawangan terdekat kami untuk harga emas terkini atau pertanyaan lanjut.) Kemas kini berkuat kuasa: | |
NOTA:
- Tertakluk kepada Terma dan Syarat.
- Lihat Penyata Pendedahan Produk.
- Lihat Soalan-soalan lazim.
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut











