• KAD DEBIT BSN VISA
    Jalani kehidupan dengan keselesaan dan ganjaran

    Manfaat

    • Penerimaan di serata dunia
    • Pembayaran untuk keperluan harian seperti petrol, menjamu selera dan barangan runcit
    • Pembelian menerusi pesanan pos atau telefon
    • Pembayaran bil automatik
    • Pengeluaran wang tunai di dalam dan luar negara
    • Pemindahan wang
    • Semak transaksi anda melalui mybsn.com.my
    KAD DEBIT BSN VISA
    Jalani kehidupan dengan keselesaan dan ganjaran

    Manfaat

    • Penerimaan di serata dunia
    • Pembayaran untuk keperluan harian seperti petrol, menjamu selera dan barangan runcit
    • Pembelian menerusi pesanan pos atau telefon
    • Pembayaran bil automatik
    • Pengeluaran wang tunai di dalam dan luar negara
    • Pemindahan wang
    • Semak transaksi anda melalui mybsn.com.my

Kad Debit BSN Visa menawarkan pelbagai manfaat untuk membantu anda hidup dengan selesa dan tanpa hutang.

PELBAGAI MANFAAT

  • Membeli-belah tanpa tunai

    Kad Debit BSN Visa bukan sahaja membolehkan anda untuk mengeluarkan wang tunai dari ATM, tetapi anda juga boleh membeli-belah tanpa tunai melalui lebih daripada 1 juta terminal jualan. Hanya serahkan Kad Debit BSN Visa anda kepada juruwang, masukkan PIN 6-digit dan akaun bank anda akan didebitkan untuk pembayaran anda serta-merta.

    Kad Debit baharu anda menyokong dua rangkaian kad debit di terminal jualan:

    • MyDebit (diterima di Malaysia)

    • Visa (diterima di Malaysia dan luar negara)

  • Belanja & Imbas dengan Visa payWave

    Kini anda boleh berbelanja dan imbas untuk pembelian harian di bawah RM250 di mana-mana rangkaian rakan niaga yang mempunyai mesin Visa payWave. Tiada tandatangan diperlukan. Alami kemudahan pembayaran untuk minuman, makanan, tiket wayang dan sebagainya tanpa wang tunai.

    Cara menggunakannya!

    Langkah 1 : Lihat simbol ini
    Langkah 2 : Berbelanja
    Langkah 3 : Imbaskan kad anda pada mesin Visa payWave
    Langkah 4 : Ambil pembelian anda!
  • Pembelian online
    Kad Debit BSN Visa boleh digunakan untuk membuat pembelian secara online dari laman web seperti AirAsia, iTunes, Lazada dan banyak lagi.

    Hanya ikuti 3 langkah mudah:

    1. Belanja secara online menggunakan Kad Debit BSN Visa anda di mana-mana rakan niaga 3D Secure.
      Masukkan maklumat kad debit anda seperti yang diperlukan dan teruskan ke halaman pembayaran.

    2. Kod BSN Online Secured Shopping (BOSS) anda akan dihantar ke nombor telefon bimbit anda yang berdaftar dengan kami melalui SMS tanpa sebarang kos.

    3. Masukkan kod BOSS untuk melengkapkan proses pengesahan dan pembayaran.

PENTING: Sila pastikan anda mengemaskini nombor telefon bimbit terbaru anda untuk memastikan Kod BOSS itu dihantar kepada anda. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda melalui mana-mana ATM BSN atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1300-88-1900.

  • Pemprosesan Transaksi Secara Masa Nyata
    Sama ada anda menggunakan Kad Debit BSN Visa untuk pembelian atau di ATM, anda akan mempunyai maklumat akaun paling terkini yang tersedia dengan segera. Dengan pemprosesan masa nyata (real-time), dana dalam akaun simpanan/semasa BSN anda akan ditolak secara automatik apabila urus niaga diproses menggunakan Kad Debit BSN Visa anda. Anda juga boleh melihat baki akaun dan butiran transaksi anda melalui perbankan internet MyBSN atau membuat pertanyaan baki di ATM.
  • Akses kepada perkhidmatan Ejen Bank (EB)

    Anda juga boleh menggunakan Kad Debit BSN Visa baharu anda di mana-mana Ejen Bank BSN (EB) bagi perkhidmatan seperti:

    »  Pembelian Runcit    
    »  Tambah Nilai Prabayar
    »  Pembayaran Bil    
    »  Pembelian e-SSP
    »  Deposit    
    »  Pengeluaran Wang Tunai

    Untuk maklumat lanjut mengenai EB dan senarai lengkap ejen EB, sila klik di sini.

MENGGUNAKAN KAD DEBIT ANDA

  • Had pembelian harian yang ditetapkan untuk Kad Debit BSN Visa adalah seperti berikut:
Akaun IndividuHad Pembelian Harian Yang Ditetapkan (Default)Had Pembelian Harian Maksimum
 Remaja/JuniorRM200RM500
 DewasaRM3,000 RM10,000

Untuk menikmati transaksi tanpa gangguan, sila pastikan anda telah mengaktifkan fungsi penggunaan pada kad debit anda sebelum melakukan transaksi berikut:

  1. Perbelanjaan luar negara
  2. Pembelian secara dalam talian
  3. Had pembelian

UNTUK MENGAKTIFKAN FUNGSI KAD, IKUTI LANGKAH-LANGKAH DI BAWAH:

Fungsi

Perbankan Internet myBSN

ATM BSN

Untuk mengaktifkan “Transaksi Luar Negara”

i) Pengguna Kali Pertama

  1. Klik “Daftar” di sudut kanan bahagian atas laman utama BSN.
  2. Selepas pendaftaran berjaya, teruskan ke langkah (ii) di bawah.

ii) Pengguna myBSN sedia ada

  1. Log masuk ke myBSN.
  2. Pilih “Manage Account” dan klik “Debit Card”.
  3. Pilih “Update Overseas Transaction Status”, pilih “Debit Card” dan klik “Next”.
  4. Pilih “Permanently Activated” atau “Temporary Activated” atau “Deactivated”.
  5. Masukkan tarikh efektif, “Start/End date” & klik “Next”.
  6. Klik “Request TAC” (TAC anda akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan BSN)
  7. Masukkan TAC dan klik “Next”.
Anda akan menerima mesej setelah kemas kini Transaksi Luar Negara anda berjaya.
  1. Masukkan Kad Debit BSN Visa anda
  2. Pilih “TUKAR PIN / LAIN-LAIN”
  3. Pilih “PENYELENGGARAAN”
  4. Pilih “TRANSAKSI LUAR NEGARA”
  5. Pilih “PENGAKTIFAN SEMENTARA” atau  “PENGAKTIFAN KEKAL”
Untuk mengaktifkan “Transaksi Dalam Talian”

i) Pengguna Kali Pertama

  1. Klik “Daftar” di sudut kanan bahagian atas laman utama BSN.
  2. Selepas pendaftaran berjaya, teruskan ke langkah (ii) di bawah.

ii) Pengguna myBSN sedia ada

  1. Log masuk ke myBSN.
  2. Pilih “Manage Account” dan klik “Debit Card”.
  3. Pilih “Update Online Purchase Status”, pilih “Debit Card” dan klik “Next”.
  4. Pilih “Permanently Activated” atau “Temporary Activated” atau “Deactivated”.
  5. Masukkan tarikh efektif, “Start/End date” & klik “Next”.
  6. Klik “Request TAC” (TAC anda akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan BSN)
  7. Masukkan TAC dan klik “Next”.

Anda akan menerima mesej setelah kemas kini Transaksi Dalam Talian anda berjaya.

  1. Masukkan Kad Debit BSN Visa anda
  2. Pilih “TUKAR PIN / LAIN-LAIN”
  3. Pilih “PENYELENGGARAAN”
  4. Pilih “TRANSAKSI DALAM TALIAN”
  5. Pilih “PENGAKTIFAN SEMENTARA” atau  “PENGAKTIFAN KEKAL”
Untuk menetapkan / mengubah “Had Pembelian”

i) Pengguna Kali Pertama

  1. Klik “Daftar” di sudut kanan bahagian atas laman utama BSN.
  2. Selepas pendaftaran berjaya, teruskan ke langkah (ii) di bawah.

ii) Pengguna myBSN sedia ada

  1. Log masuk ke myBSN.
  2. Pilih “Manage Account” dan klik “Debit Card”.
  3. Pilih “Update Purchase Limit”, pilih “Debit Card” dan klik “Next”.
  4. Masukkan “New purchase limit” & klik “Next”.
  5. Klik “Request TAC” (TAC anda akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan BSN)
  6. Masukkan TAC dan klik “Next”.

Anda akan menerima mesej setelah kemas kini Had Pembelian anda berjaya.

  1. Masukkan Kad Debit BSN Visa anda
  2. Pilih “TUKAR PIN / LAIN-LAIN”
  3. Pilih “PENYELENGGARAAN”
  4. Pilih “UBAH HAD PEMBELIAN”
  5. Tetapkan had pembelian anda

Nota: Had pembelian harian yang ditetapkan Ialah RM3,000 (penetapan maksimum adalah sehingga RM10,000)

CARA MENGAKTIFKAN FUNGSI PEMBELIAN DALAM TALIAN KAD DEBIT BSN ANDA

Anda juga boleh mengaktifkan fungsi "Transaksi Luar Negara" dan "Transaksi Dalam Talian" melalui saluran berikut:

  1. Cawangan BSN
  2. Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900 atau +603 2013 1900 (Luar Negara)