• BSN Sijil Simpanan Premium (SSP)

    Sijil simpanan premium patuh syariah dengan pulangan dan penyertaan automatik untuk berpeluang menangi hadiah dalam cabutan BSN SSP

    Nota: Tertakluk kepada terma & syarat dan kelayakan bagi Cabutan BSN SSP.

    Mohon Sekarang
    BSN Sijil Simpanan Premium (SSP)

    Sijil simpanan premium patuh syariah dengan pulangan dan penyertaan automatik untuk berpeluang menangi hadiah dalam cabutan BSN SSP

    Nota: Tertakluk kepada terma & syarat dan kelayakan bagi Cabutan BSN SSP.

    Mohon Sekarang

KELEBIHAN

Pulangan Menarik

Nikmati pulangan indikatif atau keuntungan tetap bergantung pada pilihan anda.

Simpanan Serendah RM10

Simpan serendah RM10 dan berpeluang untuk menang.

Cawangan di Seluruh Negara

Perkhidmatan kaunter tersedia di seluruh negara.

Perbankan Dalam Talian

Saluran Perbankan Internet dan aplikasi Mobile untuk urusan perbankan di mana sahaja.

Hadiah Menarik

Penyertaan automatik dalam Cabutan SSP dengan setiap simpanan.

Berpeluang menjadi Jutawan

Anda mungkin berpeluang menjadi jutawan BSN SSP yang seterusnya!

Cagaran untuk Pembiayaan

BSN SSP boleh diguna sebagai cagaran untuk produk pembiayaan BSN terpilih.

Pelbagai Saluran Simpanan

BSN SSP boleh disimpan melalui pelbagai saluran seperti ATM, EB BSN, perbankan internet, aplikasi mobile dan sebagainya.

BSN SSP adalah berdasarkan konsep Syariah berikut, bergantung pada jenis peletakan dibuat:

Konsep Syariah Mudarabah

Mudarabah adalah kontrak antara pemilik modal (Pelanggan atau pihak ketiga, mengikut keadaan) dan pengusaha (Bank) di mana Pelanggan atau pihak ketiga (mengikut keadaan) menyediakan modal untuk diuruskan oleh Bank dan sebarang keuntungan yang terhasil dari modal tersebut dikongsi di antara Pelanggan dan Bank mengikut Nisbah Perkongsian Keuntungan (NPK) yang dipersetujui manakala kerugian ditanggung oleh Pelanggan selagi mana kerugian tersebut tidak disebabkan oleh tindakan salah laku (ta’addi), cuai (taqsir) atau pelanggaran syarat-syarat (mukhalafah al-shurut) oleh Bank.

Konsep Syariah Tawarruq (Murabahah Komoditi)

Tawarruq melibatkan dua kontrak jual beli. Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh. Seterusnya, pembeli bagi urusniaga penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan serta merta (langsung).

  • Terbuka untuk Warganegara Malaysia, penduduk tetap dan Bukan Warganegara Malaysia yang mempunyai alamat tetap di Malaysia.
  • Layak untuk individu umur 12 tahun dan ke atas.
  • Dokumen diperlukan untuk transaksi di kaunter:
    • Dokumen pengenalan
  • Pemegang akaun yang layak harus mempunyai akaun simpanan atau semasa BSN untuk tujuan pengkreditan keuntungan.
  • Peletakan deposit & konsep syariah terpakai:
Simpanan Minimum Konsep SyariahKeterangan / KelebihanTempoh Simpanan

RM10

Mudarabah
  • Langganan BSN SSP dalam gandaan RM10
  • Layak untuk cabutan BSN SSP1
  • Kadar Keuntungan Indikatif bedasarkan Nisbah Perkongsian Keuntungan (NPK)2
Tiada

RM5,000

Tawarruq
  • Layak untuk cabutan BSN SSP1
  • Layak untuk pulangan lebih tinggi, tertakluk kepada amaun simpanan2
  • Pembaharuan automatik pada tarikh matang dengan kadar keuntungan semasa3
12 bulan

NOTA:

  • 1Bergantung kepada kategori cabutan dan kelayakan dalam cabutan BSN SSP. Lihat BSN SSP – Cabutan & Hadiah.
  • 2Lihat kadar Perbankan untuk maklumat lanjut.
  • 3Simpanan BSN SSP di bawah Tawarruq, pembaharuan automatik merangkumi prinsipal tambah keuntungan untuk tempoh yang sama, tertakluk kepada Terma & Syarat.

Lihat semua fi & caj.

Tertakluk kepada terma & syarat.

Kiraan keuntungan SSP (Mudarabah):

Senario: Pengkreditan keuntungan selepas 1 tahun - Simpanan pada kadar indikatif 0.11% setahun dibuat pada bulan Januari dalam tahun bukan lompat dengan pengkreditan keuntungan pada bulan Januari tahun berikutnya.

16 Januari 2025: Tarikh simpanan bagi RM100,000
15 Januari 2026: Pembayaran keuntungan

Formula: Amaun Deposit Prinsipal x Kadar Indikatif x (Tempoh dalam hari / 365 atau 366 hari)
Bagi SSP (Mudarabah), perolehan keuntungan adalah bulanan berdasarkan baki minimum dalam sebulan dan dibayar tahunan pada bulan Januari.

Perolehan keuntungan harian seperti berikut:
RM100,000 x 0.11% x (1/365) = RM0.30

Untuk 1 bulan, jumlah perolehan keuntungan seperti berikut:
RM0.30 x 31 hari = RM9.30

Untuk 1 tahun penuh perolehan keuntungan seperti berikut:
RM0.30 x 365 hari = RM109.50

Maka, RM100 (bersamaan 10 unit) akan dikredit ke SSP pelanggan, dan baki RM9.50 akan dikredit ke akaun simpanan atau akaun semasa pelanggan di BSN.


Kiraan keuntungan SSP (Tawarruq):

Senario: Pengkreditan keuntungan pada tarikh matang - Simpanan 12 bulan BSN SSP (Tawarruq) @2.50% setahun pada bulan Januari dalam tahun bukan lompat dengan pengkreditan keuntungan pada tarikh matang.

12 Januari 2025: Tarikh simpanan bagi RM100,000
12 Januari 2026: Tarikh matang

Formula: Amaun Deposit Prinsipal x kadar efektif x (Tempoh dalam hari / 365 atau 366 hari) Bagi simpanan BSN SSP (Tawarruq), perolehan keuntungan adalah harian dan dibayar pada tarikh matang.

Perolehan keuntungan harian seperti berikut:
RM100,000 x 2.50% x (1/365) = RM6.85

Untuk simpanan 12 bulan, jumlah keuntungan seperti berikut:
RM6.85 x 365 hari = RM2,500.25

Maka, pada tarikh matang pelanggan terima principal tambah keuntungan seperti berikut: Prinsipal + keuntungan = RM100,000 + RM2,500.25 = RM102,500.25

Maka, RM2,500 (bersamaan 250 unit) akan dikredit ke BSN SSP (Tawarruq) pelanggan pada tarikh matang dan akan diperbaharui secara automatik, dan baki RM0.25 akan dikredit ke akaun simpanan atau semasa BSN milik pelanggan.

Nota: Ilustrasi dibundarkan kepada sen terdekat.

Penafian:
Ilustrasi ini bertujuan sebagai panduan sahaja, segala maklumat adalah untuk anggaran dan tujuan ilustrasi sahaja. BSN tidak bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti terhadap kerugian yang mungkin timbul daripada keputusan yang anda buat berdasarkan penggunaan kalkulator ini.

Kunjungi cawangan kami

Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut