• BSN Akaun Semasa Asas-i

    Mulakan perniagaan atau uruskan kewangan organisasi anda dengan akaun semasa asas. Nikmati keperluan asas perbankan, deposit permulaan rendah, dan keuntungan atas semua baki.

    Mohon Sekarang
    BSN Akaun Semasa Asas-i

    Mulakan perniagaan atau uruskan kewangan organisasi anda dengan akaun semasa asas. Nikmati keperluan asas perbankan, deposit permulaan rendah, dan keuntungan atas semua baki.

    Mohon Sekarang

KELEBIHAN BSN AKAUN SEMASA ASAS-i

Simpanan Pendahuluan Rendah

Buka akaun dengan RM20 sahaja.

Keuntungan Atas Semua Baki

Kadar menarik dan pengkreditan bulanan untuk keuntungan yang diperoleh atas baki harian.

Cawangan di Seluruh Negara

Perkhidmatan kaunter terbanyak tersedia di seluruh negara.

Perbankan di Kaunter

Pengeluaran tunai, deposit, dan penyata melalui kaunter BSN adalah percuma.

Mesra Dalam Talian

Perbankan dalam talian melalui saluran mobil dan internet untuk urusan yang mudah.

Pencadang Tidak Diperlukan

Tiada pencadang diperlukan untuk membuka akaun, permohonan dan pembukaan boleh dibuat di mana-mana Cawangan BSN.

Tiada Baki Minimum

Urus dan gunakan semua dana anda dengan bebas, tanpa sekatan.

Mesra Penjaja

Pembukaan akaun yang lebih mudah bagi Penjaja, termasuk Peniaga Jalanan.

BSN Akaun Semasa Asas-i adalah berlandaskan konsep Syariah Tawarruq (Murabahah Komoditi)

Tawarruq melibatkan dua kontrak jual beli. Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh. Seterusnya, pembeli bagi urus niaga penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan serta-merta (langsung).

  • Terbuka kepada entiti Perniagaan dan entiti Bukan Perniagaan di Malaysia.
  • Pembukaan akaun boleh dibuat di kaunter Cawangan BSN seluruh negara.
  • Tiada simpanan minimum perlu dikekalkan. Keluarkan sehingga sen terakhir pada bila-bila masa.
  • Keperluan simpanan:
JenisAmaun Minimum Simpanan PendahuluanAmaun Minimum Simpanan untuk Dikekalkan

Perniagaan

RM20 RM0

Bukan Perniagaan

  • Kadar keuntungan dikira berdasarkan baki harian:
Baki (RM)Kadar Keuntungan setahun

Semua baki

0.25%

  • Pengeluaran tunai, deposit tunai dan deposit cek di kaunter Cawangan BSN seluruh negara adalah percuma.1
  • Tiada yuran tahunan atau yuran penyelenggaraan.
  • Pembayaran bil, pertanyaan akaun dan pemindahan antara akaun-akaun BSN melalui Terminal Layan Diri BSN dan Perbankan Internet BSNeBiz dan Aplikasi BSNeBiz Mobile adalah percuma.
  • Dua (2) pindahan pertama Interbank GIRO yang dilakukan dalam bulan yang sama melalui kaunter akan dicaj RM0.50 bagi setiap transaksi, manakala transaksi berikutnya dalam bulan yang sama akan dicaj RM2.00 bagi setiap transaksi.
  • Pindahan antara bank, pindahan DuitNow melalui kaunter, Perbankan Internet BSNeBiz dan Aplikasi BSNeBiz Mobile adalah tanpa caj bagi transaksi bernilai di bawah RM5,000 dalam satu pindahan. Fi RM0.50 adalah terpakai bagi pindahan berjumlah RM5,000 ke atas dalam satu transaksi.

NOTA:

  1. Melalui kaunter merujuk kepada transaksi yang dibuat melalui perkhidmatan biasa di kaunter Cawangan BSN seluruh negara pada waktu perbankan biasa.
Jenis OrganisasiDokumen

Syarikat Sendirian Berhad [Sdn. Bhd.]

  • Surat Permohonan (Letter Head)
  • Borang 24
  • Borang 49
  • Borang 49 - Maklumat Setiausaha Syarikat
  • Borang 9 (Certificate of Incorporation)
  • Memorandum dan Atrikel (M & A)
  • Resolusi Syarikat (usul membuka akaun dan melantik pengelola akaun)
  • Salinan Dokumen Pengenalan Pengelola Akaun
  • Salinan Dokumen Pengenalan Pengarah Syarikat
  • *Section 14 (Particulars of Member).
  • *Section 14 (Particulars of Director).
  • *Section 15 (Notice of Registration).
  • *Section 58 & 236(2) (Notification of First Company Secretary)
  • *Resolusi Syarikat / Minit Mesyuarat (usul membuka akaun dan melantik pengelola akaun)

* Terpakai kepada Syarikat yang didaftarkan selepas 31 Januari 2017.

Agensi Kerajaan/ Syarikat Milik Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Institusi Kewangan

  • Surat Permohonan (Letter Head)
  • Minit Mesyuarat (usul membuka akaun dan melantik pengelola akaun)
  • Salinan Dokumen Pengenalan Pengelola Akaun
  • Dokumen-dokumen lain (tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa)

Syarikat Pemilikan Tunggal/ Enterprise/ Perkongsian/ Penjaja Berlesen

  • Surat Permohonan (Letter Head) [dikecualikan untuk Penjaja Berlesen yang tidak mempunyai Sijil Pendaftaran Syarikat bawah SSM]
  • Borang D (Sijil Pendaftaran Syarikat) / Borang E (Perakuan Pembaharuan Pendaftaran) ATAU Lesen Penjaja yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan atau lain-lain pihak berkuasa yang mempunyai hak dan bidang kuasa (termasuk DBKL, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya)
  • Salinan Dokumen Pengenalan Pengelola

Kelab/ Persatuan/ Pertubuhan

  • Surat Permohonan (Letter Head)
  • Minit Mesyuarat (usul membuka akaun dan melantik pengelola akaun)
  • Dokumen Perlembagaan Kecil
  • Sijil / Perakuan Pendaftaran
  • Salinan Dokumen Pengenalan Pengelola

Syarikat Kerjasama (Koperasi)

  • Surat Permohonan (Letter Head)
  • Minit Mesyuarat (usul membuka akaun dan melantik pengelola akaun)
  • Undang-undang Kecil / Undang-undang Tubuh
  • Sijil/ Perakuan Pendaftaran Koperasi

Golongan Profesional (Peguam/ Doktor/ Akauntan dan lain-lain)

  • Surat Permohonan (Letter Head)
  • Dokumen daripada badan professional (Contoh : Majlis Peguam)
  • Salinan Dokumen Pengenalan Pengelola
  • Sijil/ Perakuan Pendaftaran

Syarikat Pemilikan Tunggal / Enterprise / Perkongsian (Sabah) / Penjaja Berlesen

  • Surat Permohonan (Letter Head) [dikecualikan untuk Penjaja yang tidak mempunyai Sijil Pendaftaran Syarikat bawah SSM]
  • Salinan Dokumen Pengenalan Pengelola
  • Borang B (Lesen Berniaga) Ordinan Perlesenan, 1948 Negeri Sabah ATAU Lesen Penjaja yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan atau lain-lain pihak berkuasa yang mempunyai hak dan bidangkuasa (termasuk Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya)

Syarikat Pemilikan Tunggal / Enterprise / Perkongsian (Sarawak) / Penjaja Berlesen

  • Surat Permohonan (Letter Head) [dikecualikan untuk Penjaja yang tidak mempunyai Sijil Pendaftaran Syarikat bawah SSM] ATAU Lesen Penjaja yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan atau lain-lain pihak berkuasa yang mempunyai hak dan bidangkuasa (termasuk, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya)
  • Salinan Dokumen Pengenalan Pengelola
  • Sijil Pendaftaran - Ordinan Nama Perniagaan (CAP 64) Negeri Sarawak

NOTA:

Tertakluk kepada penilaian Bank. Bank mungkin akan meminta dokumen sokongan tambahan dari semasa ke semasa untuk tujuan pengesahan.

Tertakluk kepada terma & syarat.

Lihat semua fi & caj.

Tertakluk kepada terma & syarat.

Pengiraan keuntungan bagi Akaun Semasa Asas-i:

Senario: Peletakan deposit bagi bulan Januari dalam tahun bukan lompat.

1 – 12 Januari: baki RM10,000
13 – 20 Januari: baki RM20,000 (pelanggan mendeposit tambahan RM10,000 pada 13 Januari)
21 – 31 Januari : baki RM15,000 (pelanggan mengeluarkan RM5,000 pada 21 Januari)

Formula : Amaun Deposit Prinsipal x Kadar Efektif x (Tempoh dalam hari / 365 atau 366 hari)
Bagi tempoh sehingga 12 Januari, keuntungan harian terakru adalah seperti berikut:
RM10,000 x 0.25% x (1/365) = RM0.07 sehari
Maka perolehan keuntungan = RM0.07 x 12 hari = RM0.84

Bagi tempoh sehingga 20 Januari, keuntungan harian terakru adalah seperti berikut:
RM20,000 x 0.25% x (1/365) = RM0.14 sehari
Maka perolehan keuntungan = RM0.14 X 8 hari = RM1.12

Bagi tempoh sehingga 31 Januari, keuntungan harian terakru adalah seperti berikut:
RM15,000 x 0.25% x (1/365) = RM0.10 sehari
Maka perolehan keuntungan = RM0.10 X 11 hari = RM1.10

Keuntungan dibayar pada 31 Januari adalah bersamaan dengan jumlah perolehan dalam bulan:
Keuntungan bagi bulan Januari = RM0.84 + RM1.12 + RM1.10 = RM3.06

Nota: Ilustrasi dibundarkan ke sen terdekat.

Penafian:
Ilustrasi ini bertujuan sebagai panduan sahaja. Segala maklumat adalah untuk anggaran dan tujuan ilustrasi sahaja. BSN tidak bertanggungjawab atau mempunyai liabiliti atas sebarang kerugian yang mungkin timbul daripada keputusan yang anda buat berdasarkan penggunaan kalkulator.

Kunjungi cawangan kami

Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut