Kad Debit Perniagaan BSN Visa menawarkan akses segera kepada dana dengan penjejakan dan pengurusan perbelanjaan yang mudah untuk perniagaan anda.
KELAYAKAN
- Sah untuk BSN GIRO Akaun Syarikat dan BSN GIRO Premium Akaun Syarikat dan BSN Akaun Semasa Asas-i yang baru atau sedia ada.
- Sah untuk perniagaan pemilikan Tunggal Sahaja / penjaja (individu).
- Hanya sah untuk akaun dengan syarat tandatangan “Tunggal”.
- Hanya satu kad akan dikeluarkan untuk setiap akaun.

CARA UNTUK MENETAPKAN PIN 6-DIGIT ANDA
| SMS | Sila guna nombor telefon bimbit yang didaftarkan dengan Bank.
Langkah 1: Taip BSNPIN<jarak>No. KP<jarak>4-Digit akhir No Kad Debit Perniagaan dan hantar ke 66300. Contoh: BSNPIN 810407146189 7964 Langkah 2: Terima PIN Sementara anda menerusi SMS. Langkah 3: Tukar PIN Sementara ke PIN Tetap anda di mana-mana ATM BSN dalam tempoh 24 jam*. Pilih Bahasa > Masukkan PIN Sementara > Pilih “Penukaran PIN” > Masukkan PIN Tetap > Sahkan PIN Tetap. *Nota penting: PIN Sementara adalah sah untuk tempoh 24 jam sahaja. Jika anda gagal untuk menukarkan PIN Sementara kepada PIN tetap dalam tempoh sah tersebut, sila ulangi langkah-langkah seperti di atas. |
Cawangan BSN | Anda boleh menetapkan PIN pilihan anda dengan menggunakan alat PIN Pad di cawangan kami. PIN pilihan yang dipilih akan menjadi PIN tetap anda. |
Untuk menikmati transaksi tanpa gangguan, sila pastikan anda telah mengaktifkan fungsi penggunaan pada Kad Debit Perniagaan BSN Visa anda sebelum melakukan transaksi berikut:
- Had pembelian
- Perbelanjaan luar negara
- Pembelian secara dalam talian
UNTUK MENGAKTIFKAN FUNGSI KAD, IKUTI LANGKAH-LANGKAH DI BAWAH:
Untuk menetapkan / mengubah “Had Pembelian”
| ATM BSN |
Nota: Had pembelian harian yang ditetapkan ialah RM10,000 (penetapan maksimum adalah sehingga RM10,000). |
Untuk mengaktifkan “Transaksi Luar Negara”
| ATM BSN |
|
Untuk mengaktifkan “Transaksi Dalam Talian”
| ATM BSN |
|
Anda juga boleh mengaktifkan fungsi "Transaksi Luar Negara" dan "Transaksi Dalam Talian" melalui saluran berikut:
- Cawangan BSN
- Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di talian +603 2613 1900

