Program Kesetiaan yang benar-benar memberi anda ganjaran setiap kali anda berbelanja dengan Kad Kredit-i BSN. Dapatkan Happy Points apabila anda berbelanja dan gunakannya untuk menebus hadiah.

CARA MENGUMPUL HAPPY POINTS ANDA

Setiap kali anda berbelanja dengan Kad Kredit-i BSN, anda akan mengumpul Happy Points. Lebih banyak Happy Points yang anda kumpul, lebih banyak hadiah yang dapat ditebus untuk dikongsi dengan orang yang tersayang.

  • 1X Happy Point untuk perbelanjaan runcit di dalam negara
  • 2X Happy Points untuk perbelanjaan runcit di luar negara

Tiada caj dikenakan untuk penghantaran di seluruh Malaysia!

CARA UNTUK MENEBUS HAPPY POINTS ANDA

HANTAR BORANG SeCARA DALAM TALIAN

Untuk penghantaran dalam talian, sila isi borang.

Nota:

  • Penghantaran tidak akan dibuat ke alamat peti surat atau alamat di luar Malaysia.
  • Untuk penebusan BSN SSP, anda mesti mempunyai akaun Giro/-i BSN yang sah.
  • Untuk penebusan Enrich Points atau AirAsia points, anda mesti mengisi nombor keahlian yang sah.
Untuk mengelakan pertindihan, jangan hantarkan borang anda secara fizikal, melalui faks atau emel sekiranya anda telah menghantarnya kepada kami melalui platform ini secara dalam talian.
Borang PenebusanSila lengkapkan borang di bawah.
Hantar Butiran

ATAU

HANTAR BORANG SECARA MANUAL

  1. Muat turun dan cetak Borang Penebusan "Program Happy Rewards BSN".
  2. Pilih produk yang ingin ditebus, isi butir-butir di dalam borang dan tandatangan.
  3. Hantar melalui:
  4. Untuk pertanyaan, hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di 603 – 2613 1900.

TIADA CAJ TAMBAHAN 

Jika anda tinggal di Semenanjung Malaysia atau Sabah & Sarawak, perkhidmatan penghantaran kami adalah percuma!

TEMPOH TAMAT HAPPY POINTS

Mulai 1 Jun 2016, Happy Points akan mempunyai tempoh tamat selama tiga (3) tahun. Happy Points yang diperoleh dalam bulan tertentu adalah sah sehingga akhir tahun ketiga (3) bulan kalendar tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila baca Terma & Syarat kami.

NOTA: