TERKINI: BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (BKP)

Pelanggan yang dihormati,

Pembayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) melalui pengkreditan ke dalam akaun telah bermula pada 26 Oktober 2021 (Selasa) manakala pembayaran tunai akan bermula pada 28 Oktober 2021 (Khamis) secara berperingkat.

Tuan/Puan boleh menyemak status kelayakan melalui cara-cara berikut:

  1. Layari laman sesawang https://bkp.hasil.gov.my atau
  2. Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline BPR melalui talian 1-800-88-2747

Pembayaran BKP melalui pengkreditan akaun akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.

Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS di seluruh negara, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.

Untuk pembayaran secara tunai pula, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKP. Rujuk laman sesawang BKP untuk maklumat lanjut.

Para pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1-meter. Selain itu, pelanggan wajib memakai pelitup muka serta membuat saringan suhu sebelum melakukan transaksi perbankan di kaunter Cawangan BSN.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.

 

Terima kasih.

28 Oktober 2021