Ini peluang anda untuk mendigitalkan perniagaan anda! Selaras dengan Belanjawan Madani 2025, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) kini menawarkan geran kepada Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS) untuk mendigitalkan operasi perniagaan anda!
KELAYAKAN PEMOHON
- PMKS / Koperasi / Penyedia Perkhidmatan Profesional dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia.
- PMKS berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga terbuka kepada Koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Penyedia Perkhidmatan Profesional yang berdaftar di bawah badan berkanun atau pihak kawal selia masing-masing.
- PMKS / Koperasi / Penyedia Perkhidmatan Profesional telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
- PMKS / Koperasi / Penyedia Perkhidmatan Profesional mempunyai purata jualan tahunan sekurang-kurangnya RM50,000.
Dokumen yang diperlukan
- Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik / Pengarah / Rakan Kongsi PMKS / wakil yang dilantik oleh Koperasi / Penyedia Perkhidmatan Profesional, yang mana berkenaan.
- Salinan lesen pendaftaran PMKS, (SSM atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016) manakala bagi Koperasi, salinan sijil pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan bagi Penyedia Perkhidmatan Profesional, sijil pendaftaran daripada badan berkanun atau pihak kawal selia yang berkenaan.
- Penyata akaun beraudit terkini atau penyata akaun pengurusan kewangan terkini atau penyata bank PMKS untuk dua (2) bulan terakhir.
- Sebut harga / inbois pembayaran daripada pembekal perkhidmatan yang telah dilantik.
- Dokumen dan maklumat lain yang diperlukan oleh pihak BSN dari semasa ke semasa.
LANGKAH UNTUK MEMOHON
- PMKS hendaklah berkomunikasi dan melantik salah satu atau lebih panel pembekal perkhidmatan untuk melaksanakan mana-mana Perkhidmatan Digital (maksimum tiga (3) Perkhidmatan Digital).
- PMKS hendaklah mengemukakan permohonan melalui platform online yang telah disediakan.
- Sekiranya sebarang maklumat yang diberikan didapati tidak tepat dan/atau palsu, pihak BSN mempunyai hak untuk meminta dokumen tambahan daripada PMKS dan/atau menolak permohonan PMKS.
- Dalam tempoh empat belas (14) hari setelah permohonan PMKS diluluskan, PMKS perlu membayar jumlah perbezaan kepada pembekal perkhidmatan bagi keseluruhan inbois selepas ditolak amaun geran yang diberikan di bawah Inisiatif ini bagi setiap Perkhidmatan Digital.
- Selepas pihak BSN menerima bukti pembayaran, pihak BSN akan membuat pembayaran terus Amaun tersebut kepada pembekal perkhidmatan secara penuh atau secara berperingkat mengikut budi bicara BSN.
- Peruntukan RM5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu) tertakluk kepada sebarang arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari semasa ke semasa.
- PMKS hendaklah memastikan modul latihan serta lain-lain aktiviti pendigitalan yang telah ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan dilaksanakan dengan sempurna.
- PMKS hendaklah mengemukakan bukti pengaktifan pendigitalan (Proof of Activation) sekiranya diminta oleh BSN pada bila-bila masa.
- PMKS hendaklah memastikan proses perlaksanaan Perkhidmatan Digital yang dibiayai oleh Inisiatif ini dilaksanakan sepenuhnya.
- Semasa mengambil bahagian di dalam Inisiatif ini, kepentingan untuk menjaga nama baik PMKS, pihak BSN, MDEC, MCMC dan Kementerian Kewangan perlu dititikberatkan. PMKS dilarang sama sekali untuk terlibat di dalam aktiviti perniagaan yang tidak sah yang boleh mengganggu-gugat imej PMKS, pihak BSN, MDEC, MCMC dan Kementerian Kewangan.
- Sekiranya PMKS gagal mematuhi mana-mana syarat, pihak BSN dan MDEC akan mengambil tindakan sewajarnya dan nama syarikat akan disenarai hitam dari menyertai sebarang inisiatif pendigitalan yang dianjur oleh pihak BSN atau mana-mana agensi kerajaan yang lain.

NOTA:
- Lihat senarai panel yang dilulus MDEC.
- Lihat Soalan Lazim.
- Tertakluk pada Terma & Syarat.
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi Pusat Pembiayaan Perniagaan kami yang terdekat untuk maklumat lanjut.