BSN MYRINGGIT-i BANJIR DIBUKA SEHINGGA 31 JANUARI 2022

Pelanggan yang dihormati,

Permohonan BSN MyRinggit-i Banjir dibuka kepada orang ramai sehingga 31 Januari 2022.

Pembiayaan ini menerima sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai dan setakat 25 Januari 2022, BSN telah meluluskan sebanyak 22,887 permohonan berjumlah lebih RM221 juta.

Mereka yang terkesan akibat banjir boleh memohon dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui laman web BSN, www.bsn.com.my dan mengemukakan dokumen yang lengkap dan sahih seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan bil elektrik rumah yang terjejas
  • Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas

Walau bagaimanapun, bagi pemohon yang mempunyai masalah atau tidak mempunyai akses untuk ke laman web berkenaan, sila kunjungi Cawangan BSN berdekatan bagi membuat permohonan.

BSN ingin memaklumkan bahawa permohonan yang diterima sebelum 31 Januari 2022 (dengan maklumat yang sahih, dokumen yang lengkap, serta menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan), akan diproses bagi meringankan beban kewangan mereka.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan melalui talian 1300-88-1900.

Terima kasih.

27 Januari 2022