PERMOHONAN BSN MYRINGGIT-i BANJIR

Pelanggan yang dihormati,

Pihak Bank ingin memaklumkan kepada para pemohon BSN MyRinggit-i Banjir untuk menghantar dokumen yang lengkap semasa permohonan. Permohonan hanya boleh diproses dengan dokumen-dokumen yang lengkap dan sahih sahaja. Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian DI SINI.

Dokumen yang diperlukan semasa permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan bil elektrik rumah yang terjejas
  3. Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas

Untuk keterangan lanjut mengenai BSN MyRinggit-i Banjir, sila layari laman web rasmi BSN di www.bsn.com.my atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan melalui talian 1300-88-1900.

Terima kasih.

28 Disember 2021