MENANGI HADIAH-HADIAH HEBAT MELALUI SIJIL SIMPANAN PREMIUM (SSP)
BSN pada tahun ini menawarkan 1,795 hadiah sebulan kepada pemegang-pemegang sijil SSP menerusi Cabutan Premium Bulanan. Disamping itu bagi menghargai pelanggan yang setia dan terus menyimpan dengan SSP, BSN juga pada tahun ini menawarkan 2 Cabutan Ekstra iaitu Cabutan “Penghargaan SSP” dan Cabutan “SSP High Savers” dengan hadiah-hadiah yang cukup istimewa.
Dengan simpanan minimum RM10 anda berpeluang memenangi hadiah SSP hebat yang disediakan pada setiap bulan. Lebih banyak anda menyimpan dalam SSP, lebih besar peluang anda untuk memenangi hadiah-hadiah yang disediakan.
SYARAT-SYARAT MENYIMPAN
Warganegara, penduduk tetap dan warga asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia dan berumur 12 tahun ke atas adalah layak untuk menyimpan di bawah skim ini.
Simpanan minimum RM10 (1 unit). Tiada had maksimum.
Simpanan boleh dibuat di semua cawangan BSN di seluruh Malaysia melalui tunai, cek, Arahan Tetap, potongan gaji, ATM/CDM BSN atau menggunakan perkhidmatan perbankan BSN SMS.
Sijil boleh ditebus sepenuhnya atau sebahagian selepas 45 hari dari tarikh sijil dikeluarkan.
BANYAK KELEBIHAN
Simpanan SSP dijamin oleh Kerajaan Malaysia.
Semua hadiah dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Semua unit layak menyertai cabutan yang diadakan pada setiap bulan selagi tidak ditebus.
Hadiah-hadiah lumayan untuk dimenangi.
Mudah mendapatkan gantian jika sijil hilang.
Individu berumur 21 tahun ke atas dan memiliki Sijil SSP (minimum RM4,000) adalah layak untuk memohon Kad Kredit BSN.
CIRI-CIRI TAMBAHAN
Sijil SSP tidak boleh dipindah milik.
Sijil SSP yang pemiliknya meninggal dunia masih layak menyertai cabutan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian.
Boleh diberi sebagai bonus, ganjaran, insentif atau hadiah untuk individu, kakitangan atau pelanggan badan swasta dan kerajaan.
Para pemenang akan dihubungi melalui pos dan keputusan disiarkan dalam akhbar utama.
Hadiah pemenang SSP hanya boleh dituntut dalam tempoh 1 tahun dari tarikh cabutan.
CABUTAN ‘PENGHARGAAN SSP’ (Julai)
Diadakan pada bulan Julai 2010 dan layak disertai oleh pelanggan yang telah menyimpan selama 10 tahun dan ke atas.
Salah satu sijil SSP yang dimiliki hendaklah dibeli antara tahun 1978 hingga bulan Julai 2000 dan sijil tersebut masih aktif sehingga tarikh cabutan diadakan.
Pelanggan juga mestilah mempunyai jumlah simpanan minimum berjumlah RM500 sehingga tarikh cabutan iaitu pada bulan Julai 2010.
Sebanyak 206 hadiah disediakan bernilai RM100,000. Hadiah yang ditawarkan adalah Sijil SSP seperti berikut :
RM25,000 x 1
RM15,000 x 1
RM10,000 x 1
RM5,000 x 1
RM3,000 x 1
RM2,000 x 1
RM200 x 200
Cabutan ‘SSP HIGH SAVERS’(Disember)
Diadakan pada bulan Disember 2010 dan layak disertai oleh penyimpan SSP yang mempunyai simpanan minimum sebanyak RM20,000 dan ke atas sebelum atau pada 30 Jun 2010.
Simpanan minimum tersebut hendaklah dikekalkan sehingga cabutan iaitu pada bulan Disember 2010
Hadiah yang disediakan adalah:-
BMW120iConvertible
Baucar Barangan kemas bernilai RM50,000 x 3
SSP bernilai RM10,000 x 5
MAKLUMAT DIVIDEN SSP
Dividen bagi tahun 2009 telah dibayar kepada pemegang sijil yang layak pada 18 Januari 2010 dan boleh dituntut di mana-mana cawangan BSN yang berhampiran.
Dividen yang tidak dituntut dalam masa setahun daripada tarikh pembayaran akan dihantar ke Pendaftar Wang Tidak Dituntut.
SYARAT-SYARAT PEMBELIAN MELALUI ATM
Pemegang akaun GIRO dengan Kad BSN Matrix
Had umur 12 tahun ke atas
Pembelian boleh dibuat mengikut had pengeluaran ATM
Setiap pembelian bagi Akaun Bersama, hanya Penama Pertama akan tertera di sijil
CARA PEMBELIAN SSP DI ATM
i.
Masukkan Kad ATM
ii.
Pilih Bahasa
iii.
Masukkan Nombor PIN
iv.
Tekan Urusan Pembelian SSP
v.
Masukkan amaun pembelian dalam gandaan RM10
vi.
Tekan YA
vii.
Semak alamat yang tertera di Skrin ATM
viii.
Jika alamat adalah betul, tekan BETUL
ix.
Ambil resit
x.
Urusan selesai
xi.
Jika salah alamat yang tertera di skrin ATM, tekan butang SALAH
xii.
Masukkan Nombor Telefon
xiii.
Tekan butang YA
xiv.
Ambil resit
xv.
Urusan selesai
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my