Skim Galakan ini merupakan satu skim pertandingan simpanan mengikut tahun yang disertai oleh pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan. Ia bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni berjimat-cermat. Sebagai galakan tabungan, BSN telah menyediakan hadiah-hadiah kepada individu, sekolah dan biasiswa serta hadiah galakan peringkat Negeri berjumlah RM 181,000 setiap tahun.
Syarat-syarat penyertaan
1.
Terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia ( Sekolah swasta tidak layak menyertai).
2.
Hanya pemegang Akaun Individu - Giro/ Giro i sahaja layak menyertai pertandingan ini.
3.
Penyertaan pelajar boleh melalui Guru Penyelia sekolah atau secara individu dengan mengisi nama penuh, nombor Akaun Giro/Giro i serta kod sekolah di dalam borang penyertaan. (Kod sekolah boleh diperolehi melalui Guru Penyelia sekolah).
Syarat-syarat pertandingan
1.
Pertandingan berdasarkan simpanan tahunan semasa ( antara 1 Januari sehingga 31 Disember ).
2.
Setiap sekolah atau pelajar hanya layak memenangi satu hadiah sahaja dalam pertandingan ini.
3.
Pemilihan pemenang individu adalah berdasarkan kepada pemarkahan purata baki simpanan dan peningkatan bersih simpanan tahun pertandingan.
4.
Pemilihan pemenang sekolah berdasarkan kepada purata simpanan bersih dan peratus penyertaan pelajar.
5.
Pemilihan pemenang hadiah biasiswa sekolah berdasarkan kepada jumlah pelajar melebihi 90% penyertaan. Sebanyak 20 buah sekolah rendah dan 20 buah sekolah menengah yang menepati syarat kelayakan akan dipilih sebagai pemenang .
6.
Keputusan jemaah hakim bagi pemenang di peringkat negeri atau kebangsaan adalah muktamat.
7.
Bank berhak meminda atau mengubah terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
Kadar Faedah
Skim Galakan Simpanan Pelajar –Pelajar Dan Sekolah-Sekolah
(Berkuatkuasa pada 18 Mac 2010)
Baki Simpanan
Kadar Faedah (setahun)
Sehingga RM25,000
1.40%
Melebihi RM25,000
2.00%
Kadar faedah adalah tertakluk kepada perubahan.
Kadar faedah bertingkat berdasarkan baki simpanan minimum bulanan dan pembayaran faedah secara tahunan.
Kategori hadiah dan pertandingan
Senarai Hadiah Skim Galakan Pelajar (SGP)
Bil.
Kategori Pemenang
Senarai Hadiah Ditawarkan
Nilai Hadiah (RM)
1.
Kategori A
Pelajar Sekolah Rendah (Individu) :
Bandar & Luar Bandar
3,200.00
2.
Kategori B
Pelajar Sekolah Menengah (Individu) :
Bandar & Luar Bandar
5,000.00
3.
Kategori C
C1
C2
C3
Antara Sekolah Rendah
Pelajar Bawah 500 Orang
Pelajar 501 Sehingga 1,300 Orang
Pelajar 1,301 Orang Ke Atas
18,500.00
4.
Kategori D
D1
D
2
D
3
Antara Sekolah Menengah
Pelajar Bawah 1,000 Orang
Pelajar 1,001 Sehingga 1,500 Orang
Pelajar 1,501 Orang Ke Atas
25,500.00
5.
Kategori E
Biasiswa Sekolah Rendah
42,000.00
6.
Kategori F
Biasiswa Sekolah Menengah
58,800.00
7.
Kategori G
Hadiah Galakan Peringkat Negeri
28,000.00
Jumlah Keseluruhan
181,000.00
Nota :
i.
Pemenang tempat Pertama, Kedua dan Ketiga akan dipilih dari setiap
kategori kecuali bagi kategori E,F dan G.
ii.
BSN berhak meminda syarat-syarat penyertaan dan pertandingan tanpa
sebarang notis.
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my