Satu-satunya akaun simpanan yang membolehkan anda menyimpan satu jumlah wang yang tetap setiap bulan untuk tempoh 24 bulan untuk mencapai sasaran anda dengan cepat serta pulangan kadar faedah dan bonus tinggi. Simpan untuk tujuan apa sahaja seperti:-
Percutian
Perkahwinan
Pendidikan anak
Lain-lain
Lebih banyak anda menyimpan setiap bulan lebih cepat untuk anda mencapai sasaran anda.
KEISTIMEWAAN AKAUN SEDAR
Nikmati kadar faedah dan bonus tinggi untuk simpanan anda seperti berikut :
Tempoh Simpanan
Kadar Faedah setahun
Bonus
12 bulan pertama
2.5%
15% bonus atas faedah yang diterima
12 bulan berikutnya
2.5%
30% bonus atas faedah yang diterima
NIKMATI PULANGAN TINGGI BERTERUSAN
Selepas tamat tempoh 24 bulan, simpanan tidak boleh diteruskan dalam akaun SEDAR anda. Walaubagaimanapun simpanan di dalam akaun anda akan terus menikmati pulangan tinggi bagi tahun-tahun berikutnya.
Kadar Faedah setahun
Bonus
2.5%
30% bonus atas faedah yang diterima
Kadar faedah berkuatkuasa 8 Mei, 2009. Kadar faedah adalah tertakluk kepada perubahan.
Sekiranya anda ingin terus menyertai skim ini, anda boleh membuka akaun SEDAR yang baru.
PEMBUKAAN AKAUN
Warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Warganegara Asing yang mempunyai alamat tetap di dalam Malaysia.
Boleh dibuka di mana-mana Cawangan BSN.
Kakitangan Jabatan Kerajaan dan Firma-firma boleh menghubungi Cawangan BSN berdekatan di kawasan masing-masing untuk membuka Akaun secara kumpulan.
SIAPA YANG LAYAK MEMBUKA AKAUN
Orang perseorangan yang berumur 18 tahun ke atas.
JENIS-JENIS AKAUN YANG BOLEH DIBUKA
Akaun Persendirian dan Akaun Bersama.
SIMPANAN
Simpanan minimum bulanan adalah RM50 atau dalam gandaan simpanan bulanan.
Simpanan bulanan mesti diterima dalam tempoh 7 hari pertama setiap bulan untuk layak menerima faedah bagi bulan tersebut. Semua simpanan akan mendapat faedah yang dikira mengikut kaedah baki minimum bulanan dan faedah/bonus dikreditkan selepas tamat tempoh setiap 12 bulan.
Simpanan boleh dilakukan melalui potongan gaji, Arahan Tetap atau simpan secara tunai/cek di kaunter BSN.
PERTANYAAN
Untuk maklumat lanjut, kunjungi mana-mana cawangan BSN atau hubungi kami di talian 03-21425258.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my