MENABUNG DAN AMALAN BERJIMAT-CERMAT PASTI MEMBAWA KERIANGAN DISAMPING KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN, MEMPELAJARI DAN MENEROKAI SESUATU YANG BARU
Apa itu Kelab Penabung Muda (KPM BSN)?
Kelab Penabung Muda BSN ditubuhkan sebagai tarikan menyimpan kepada generasi muda yang pasti membawa keriangan melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan. Di samping itu ahli-ahli juga akan dapat mempelajari dan menerokai sesuatu yang baru.
Ahli Kelab Penabung Muda BSN boleh menyertai Skim Galakan Simpanan Pelajar-Pelajar dan Sekolah-sekolah Malaysia yang menyediakan hadiah pertandingan menabung yang lumayan setiap tahun kepada individu, sekolah dan penerima Biasiswa.
Syarat-syarat menjadi Ahli
Terbuka kepada pelajar berusia 6-20 tahun
Warganegara Malaysia
Mempunyai akaun individu GIRO/GIRO-i BSN. Mengekalkan nilai simpanan minimum RM150.00 ke atas.
Telah melengkapkan borang permohonan keahlian Kelab Penabung Muda dan ditandatangani oleh ibu / bapa atau penjaga
Pengeluaran wang sekali sahaja dalam sebulan dibenarkan
Bagaimana Menjadi Ahli KPM?
1.
Pastikan anda seorang pemegang Akaun GIRO/GIRO-i individu BSN. Jika tidak, mulalah menabung dan membuka akaun baru dengan minimum RM10 sahaja.
2.
Pastikan simpanan GIRO/GIRO-i anda sekurang-kurangnya RM150.00. Jika tidak mencukupi, tambahkan tabungan anda.
3.
Setelah mempunyai tabungan RM150.00 di dalam akaun GIRO/GIRO-i, isikan borang permohonan ahli Kelab Penabung Muda BSN di mana-mana Cawangan BSN.
4.
Apabila permohonan anda diluluskan, anda akan diberikan kad Ahli Kelab Penabung Muda BSN bersama bahan-bahan galakan. Wang tabungan RM150.00 akan dibekukan dan ahli akan menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan.
Kadar Faedah
Kelab Penabung Muda (Berkuarkuasa 4 Mac 2009)
Baki Simpanan
Kadar Faedah
Sehingga RM25,000
1.5%
Melebihi RM25,000
2.0%
Kadar faedah adalah tertakluk kepada perubahan.
Kadar faedah bertingkat berdasarkan baki simpanan minimum bulanan dan pembayaran faedah secara tahunan.
Pengeluaran dibenarkan hanya sekali sebulan. Jika pengeluaran lebih dari sekali, faedah ditawarkan adalah mengikut kadar faedah Akaun GIRO yang sedia ada.
Untuk menikmati kadar faedah yang ditawarkan kepada ahli Kelab Penabung Muda, simpanan minimum hendaklah dikekalkan pada setiap masa.
Simpanan permulaan RM150.00 akan dibekukan selagi menjadi ahli.
Dapatkan cenderahati percuma seperti jadual di bawah:-
Simpanan Permulaan
Tabung
Kad ahli
Kotak Pensel
Topi
Lencana KPM
Baju -T
RM150
RM300
RM500
Simpanan Tambahan(Top-up)
Tabung
Kad ahli
Kotak Pensel
Topi
Lencana KPM
Baju -T
RM150 (permulaan)
RM300 (tambahan RM150)
RM500 (tambahan RM200)
Perlindungan Insuran Percuma
Perlindungan Insuran Kemalangan Diri 24 jam meliputi seluruh dunia dan hanya layak kepada ahli KPM yang membuat pembekuan amaun RM500 sahaja. Kecederaan luaran yang dialami disebabkan oleh kemalangan sehingga mengakibatkan :
Kematian : 10 kali jumlah simpanan sehingga maksimum RM50,000 (simpanan minimum RM500)
Perbelanjaan Pengkebumian : RM3,000
Sebarang kejadian kemalangan hendaklah dimaklumkan kepada BSN dengan segera dalam tempoh 14 hari dan dokumen-dokumen asal yang berkenaan hendaklah diserahkan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh kemalangan.
Perlindungan insuran berkuatkuatkuasa mengikut tarikh kelulusan menjadi ahli oleh Bank Simpanan Nasional
Kad Ahli
Ahli Kelab Penabung Muda BSN akan didaftar dan diberikan Kad Ahli secara percuma dalam tempoh sebulan.
Kad Ahli Gantian
Sekiranya Kad Ahli hilang, kad ahli gantian akan dikeluarkan dengan bayaran RM5.00
Kemudahan Kad Ahli
Pemegang Kad Ahli akan mendapat diskaun untuk pembelian buku, peralatan sekolah, pusat rekreasi dan banyak lagi.
Aktiviti
Alami dunia penuh keriangan, pendidikan, pengembaraan dan penerokaan sesuatu yang baru. Semua disediakan untuk ahli Kelab Penabung Muda BSN dan banyak lagi kemudahan yang sudah tentunya memberi faedah kepada ahli kelab.
Daftarkan diri anda sebagai ahli Kelab Penabung Muda BSN sekarang!
Mulakan tabungan anda hari ini! Pastikan anda menjadi ahli Kelab Penabung Muda.!
Jangan tunggu lagi dan mulakan menabung sekarang!
Tutor Online
PENAFIAN (DISCLAIMER)
Ikon di sebelah akan membawa anda memasuki laman web pihak ketiga iaitu 'Tutor Online (tutor.com.my)'. Laman web tersebut diluar pemantauan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).
Pihak BSN tidak akan bertanggungjawab ke atas kandungan maklumat yang dicapai melalui laman web tersebut.
Hubungi Kami
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami
Kelab Penabung Muda BSN
Jabatan Perbankan Cawangan
Tingkat 7, Wisma BSN
117, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-2162 3222
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my