CHESS atau "Child Higher Education Savings Scheme" (Skim Tabungan Pendidikan Tinggi Anak-anak) merupakan satu skim simpanan jangka panjang bagi membantu menyediakan simpanan pendidikan tinggi untuk anak anda pada masa hadapan.
Keistimewaan CHESS
Kadar faedah yang tinggi serta faedah bonus.
Anugerah Kecemerlangan Akademik UPSR, PMR, SPM, STPM.
Pengelola akaun yang tidak mengeluarkan wang dan membuat simpanan minimum secara tetap setiap bulan layak mendapat 1 unit Sijil Simpanan Premium percuma untuk setiap tahun simpanan.
Pengelola akaun mendapat Perlindungan Insuran Kemalangan Diri percuma sehingga 3 kali ganda daripada jumlah simpanan atau maksimum RM20,000, yang mana lebih rendah.
Pembukaan akaun CHESS
CHESS merupakan satu skim yang memberi kemudahan simpanan bulanan minimum RM50 setiap bulan secara berterusan selama tempoh 21 tahun atau sehingga pengelola/ anak mencapai umur 21 tahun.
3 Jenis Akaun Yang Ditawarkan
Akaun Persendirian
Berumur 12 – 18 tahun
(12-16 tahun perlu mendapat kebenaran dari ibubapa / penjaga yang sah)
Akaun Bersama
Dibuka bersama oleh individu berusia 12 tahun dan ke atas di mana Pengelola Akaun Utama mestilah berusia 18 tahun ke atas manakala pemegang kedua tidak melebihi 18 tahun
Akaun Amanah
Ibu bapa/penjaga yang menjadi pemegang amanah kepada anak/pewaris . Had umur anak/pewaris berusia 1 hari hingga 18 tahun
Kadar Faedah CHESS ( berkuatkuasa 8 Mei 2009)
Tempoh Simpanan
Kadar Faedah setahun
Bonus Atas Faedah
1-5 tahun
2.50%
15% bonus atas faedah yang diterima
6-10 tahun
2.50%
20% bonus atas faedah yang diterima
11- 15 tahun
2.50%
25% bonus atas faedah yang diterima
16 – 20 tahun
2.50%
30% bonus atas faedah yang diterima
Kadar faedah tertakluk kepada perubahan.
Syarat-syarat CHESS
Kelayakan
1. Warganegara 2. Penduduk Tetap 3. Warga Asing
-Mempunyai alamat tetap di Malaysia
Penyata Akaun
2 kali setahun (Januari dan Julai)
Kad Akaun
Dikeluarkan kepada pengelola akaun
Faedah
Simpanan bulanan mesti dibuat dalam tempoh 7 hari pertama setiap bulan untuk layak menerima faedah bulan tersebut. Setiap simpanan akan mendapat faedah yang dikira mengikut kaedah baki minimum bulanan. Faedah dikreditkan 2 kali setahun iaitu pada Jun dan Disember.
Kaedah Simpanan
Melalui Arahan Tetap GIRO BSN (autodebit), potongan gaji, tunai/cek di Kaunter BSN
Pengeluaran
20% daripada baki simpanan awal tahun
- Dibenarkan sekali dalam setahun sahaja
Akaun CHESS matang
Akaun Individu-pengelola mencapai 21 tahun
Akaun Bersama-anak mencapai 21 tahun
Akaun Amanah- anak mencapai 21 tahun
Menutup dan mengeluarkan baki simpanan atau;
Menutup dan memindahkan ke akaun-akaun BSN yang lain atau;
Jika tiada arahan, akaun CHESS akan ditukarkan ke akaun simpanan biasa dan semua ganjaran CHESS dilupuskan.
Akaun CHESS tidak aktif
Akaun CHESS yang tidak diaktifkan selama tujuh (7) tahun akan diperlakukan mengikut Akta Wang Tak diTuntut 1965.
*Tertakluk kepada terma dan syarat. BSN berhak meminda syarat dan kelayakan pada bila-bila masa.
Bank Simpanan Nasional, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2162 3222
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1152 x 864 pixels dan menggunakan Internet Explorer 6 ke atas
Pernyataan Penafian
Dengan mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan & persetujuan bahawa anda terikat kepada Terma & Syarat bsn.com.my