
Chicken Chop
Bahan-Bahan:
seketul ayam (bahagian paha dan atasnya)
sebuku roti france (france bread)
sebiji telur
tepung gandum
sedikit garam
minyak
sos lada hitam
Cara:
France bread dijemur sehingga keras dan dikisar untuk dijadikan serbuk roti. letak dalam sebuah bekas.
Ayam dibersihkan.Buang kulit dan tulang.Torehkan ayam sehinggan menjadi nipis dan lebar
Ayam disapu sedikit garam dan ditampal dengan tepung.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau.Celupkan ayam tadi dengan telur
Ayam tadi kemudiannya dimasukkan kedalam bekas yang mengandungi serbuk roti tadi. Letak serbuk roti diatas ayam dan tekan supaya padat.
Goreng dalam minyak yang banyak
Cadangan Hidangan:
Hidangkan bersama kentang goreng,salad dan sos black paper/ sos cili dan mayonis RM 12.60 sen sepinggan.
Tambahan:
Cara buang tulang ayam..
toreh ayam betul-betul diatas tulang ayam bermula dari atas paha hingga ke hujung paha. Bila dah nampak tulang, kikis2 dan potong mana patut sampai tulan tercabut dari isi sehingga bahagian lutut ayam. Biarkan lutut ayam itu bertulang dan ambil pisau besar potong tulang yang sudah tercabut dari isi